Sejak mengangkat sumpah 10 Mei lalu, pelbagai perkara yang Tun M dah lakukan untuk memulihkan kembali Malaysia.
Walau bagaimanapun, ada satu perkara yang belum lagi habis diumumkan secara rasmi oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu nama-nama menteri yang dilantik dalam kabinet.
Menurut Projek MM, ada pembangkang yang tak puas hati dengan hal ini dan menegur Tun M kerana telah umumkan dasar tanpa kabinet penuh dan menggesa PM supaya menubuhkan kabinet dengan segera.
Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, selaku ahli unit komunikasi pejabat UMNO berkata kini ada banyak pengumuman mengenai dasar kerajaan tapi tanpa melibatkan menteri dan ianya adalah tidak wajar.
“Setakat ini banyak pengumuman dasar dan hala tuju kerajaan diumumkan oleh kerajaan Pakatan Harapan tidak melibatkan menteri dan ini bertentangan dengan tatacara urusan kerajaan.”
Bekas menteri itu juga merasakan pengumuman dasar tanpa kabinet akan mengundang masalah.
“Malah, ia juga akan mengundang masalah kerana mereka yang mengumumkan dasar berkenaan tidak ada legitimasi untuk berbuat demikian”
Apa pendapat korang?