in

Pusat Jagaan Kanak-Kanak Wajib Pasang CCTV Untuk Bendung Kes Dera – JKM

Taska Wajib Pasang Cctv

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mewajibkan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di pusat jagaan kanak-kanak merupakan salah satu penambahbaikan yang diperkenalkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi menangani isu penderaan dalam kalangan kanak-kanak terutamanya di pusat jagaan.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata jabatan itu sentiasa menambah baik keperluan kawal selia bagi pengendali taman asuhan kanak-kanak berdaftar di negara ini.


Tambah Nancy, perkara tersebut dilaksanakan supaya pihak berwajib boleh melakukan siasatan terperinci sekiranya berlaku sebarang insiden yang tidak diingini selain ianya akan membolehkan semua pihak lebih bertanggungjawab ketika bertugas.

Datuk Seri Nancy Shukri

Pembaharuan tersebut dijelaskan Nancy ketika ditanya di Parlimen tentang langkah-langkah yang diambil pihak kerajaan bagi menangani kes penderaan yang melibatkan kanak-kanak.

Tambahnya lagi, selain CCTV, penjaga di taman asuhan kanak-kanak juga diwajibkan mengikuti kursus latihan dan pendidikan serta Kursus Asuhan Permata (KAP).

Kursus yang dijangka berlangsung selama 28 hari atau 148 jam ini, akan melengkapkan mereka dengan bukan sahaja pengetahuan teori tetapi juga kemahiran praktikal dan paling penting, akan memastikan mereka memiliki kemahiran yang diperlukan untuk menjaga kanak-kanak di bawah umur empat tahun.

Tadika Holy Trinity Sabah

Selain pemasangan CCTV, ibu bapa dan penjaga bakal diberikan kesedaran tentang kepentingan menghantar anak mereka ke pusat jagaan kanak-kanak yang berdaftar kerana ianya dipantau oleh JKM.

Dalam masa yang sama, ibu bapa dan penjaga diminta memainkan peranan aktif dalam memantau perkembangan anak-anak mereka seperti melakukan pemeriksaan fizikal sebelum menghantar  anak-anak ke pusat jagaan berkenaan.

Jika terdapat tanda-tanda yang mencurigakan, ibu bapa atau penjaga perlu tidak teragak-agak untuk tampil mendapatkan pandangan pakar seperti doktor dan kaunselor.

Baca : Perunding Pendidikan Awal Kanak-Kanak Dedah Lebih 38,000 Taska Tak Berdaftar, Ini Cara Mudah Mengesannya

Tadika Di Shoplot Tak Berdaftar

Sumber: Wikimedia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.