Bagi ibu bapa yang prihatin dengan perkembangan anak-anak di usia muda, pastinya korang menghadapi kepayahan dalam mencari taska atau tadika yang sesuai buat anak anda.
Yang paling penting, taska atau tadika itu mestilah berdaftar sebab kita mesti tak nak kejadian yang tak diingini berlaku ke atas anak kita, kan?
Cara kesan taska dan tadika berdaftar atau tidak
Menerusi perkongsian sebuah pusat perunding pendidikan awal kanak-kanak, Cemban di TikTok, mereka ada mendedahkan cara untuk mengesan sama ada pusat taska dan tadika tersebut berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) atau tidak.
Salah satunya ialah dengan membuat pemeriksaan di website eprasekolah.moe.gov.my dan www.jkm.gov.my. Menurutnya, bagi ibu bapa yang pertama kali mencari tadika dan taska, mereka harus mendaftar masuk terlebih dahulu.
@cemban_my Replying to @hajarbadrudin #taska #taskaberdaftar #earlychildhoodeducation #perkembangananak #kursusasuhanpermata #permata #pengasuh #pengasuhberdaftar jom semak sekarang 😊..
@cemban_my Wahai parents, tak semua Tadika tu berdaftar. #pendidikanawalkanakkanak #earlychildhoodeducation
Dari website berkenaan, korang boleh buat carian terhadap institusi pendidikan yang berdaftar dengan KPM dan JKM di seluruh negara. Carian ini juga meliputi institusi pendidikan awam dan swasta.
Taska di shoplot berdaftar ke?
Selain dari cara berkenaan, TikTok tersebut juga mendedahkan bahawa ramai ibu bapa yang curious dengan status taska yang dibuka di shoplot.
Menurutnya, cara mudah untuk mengesan sama ada taska tersebut berdaftar atau tidak ialah dengan melihat di tingkat apa taska tersebut dibuka.
Jika taska itu dibuka di ground floor atau tingkat 1 (tingkat 2 jika ground floor dikira tingkat 1), ia dibolehkan tetapi jika ia dibina di tingkat 2 atau 3, ia bermakna taska tersebut tidak mendapat kelulusan KPM.
@cemban_my Banyak pulak taska kat shoplot. Especially kat area bandar. Tp berdaftar ke? #pendidikanawalkanakkanak #earlychildhoodeducation #taskaberdaftar #shouldbeme
Tambahnya lagi, terdapat lebih 38,000 taska yang tidak berdaftar di Malaysia dan hanya 4,000 lebih taska sahaja yang berdaftar di seluruh Malaysia.
Malah menerusi satu videonya yang lain, perunding tersebut mendedahkan undang-undang yang ditetapkan pihak berkuasa berkenaan tingkat berapa taska dan tadika dibenarkan dibina.
@cemban_my @Cemban | Ur TikTok ECCE Expert Bila time kebakaran, rasa-rasa cikgu mampu tak nak selamatkan semua kanak-kanak, lagi kalau di aras 2 & 3? #pendidikanawalkanakkanak #earlychildhoodeducation #taskaberdaftar #shouldbeme
Kebenaran ini juga bersangkut paut dengan faktor keselamatan sebagai contoh emergency exit dan kemampuan guru menyelamatkan kanak-kanak yang bergantung kepada ketinggian sesebuah premis.
Take note ye parents kat luar sana kalau nak daftarkan anak ke pusat taska dan tadika. Check dulu kalau dah berdaftar atau tak.