Tipulah jika tidak tergoda dengan keindahan air sungai yang jernih kebiruan. Di Malaysia, terdapat beberapa kawasan yang digelar Blue Lagoon dan salah satu lokasi terletak di Bukit Wawasan, Hutan Simpan Ayer Hitam, Puchong.
Tapi, Blue Lagoon Bukit Wawasan ini difahamkan tidak dibuka kepada orang awam kerana kawasan itu adalah milik Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk tujuan penyelidikan dan bukan dikategorikan sebagai hutan rekreasi.
Bagaimanapun, belakangan ini dilihat ramai yang mengunjungi Blue Lagoon kerana tertarik dan mahu bermandi-manda di kawasan itu.
Artikel berkaitan: “Tempat ni memang bahaya” – Ajal Tidak Disangka, Wanita Tergelincir Ketika Bergambar Di ‘Blue Lagoon’
Ramai dilihat semakin berani memuat naik video dan gambar-gambar berkunjung ke Blue Lagoon walaupun sedia maklum kawasan itu adalah kawasan larangan.
Situasi itu membuatkan salah seorang pelajar UPM rasa kurang senang memandangkan kawasan terbabit hanya boleh dikunjungi jika ada permit yang sah.
Menurutnya, lokasi itu telah pun diletakkan papan tanda besar yang tidak membenarkan orang awam untuk masuk. Namun, masih ada sebahagian individu yang sanggup menceroboh meskipun boleh dikenakan denda sebanyak RM10,000 jika ditangkap.
Tak selamat dah blue lagoon Kami ?. Punya lah besar signboard "no entry" ada juga yang menceroboh. siapa yang menceroboh boleh kena denda 10K tau. Tolong lah kesian dekat kami yang nak buat kajian dekat sekitar situ. pic.twitter.com/PopDZppCuP
— Yumi-san ? (@qayyumraub) February 6, 2024
Jelasnya, tindakan individu menceroboh masuk kawasan itu sebenarnya boleh mengganggu kerja kajian yang dilakukan oleh para pelajar.
Mereka yang menceroboh kawasan itu dilihat tidak mempedulikan teguran malah memintanya untuk chill dan mendakwa mereka hanya berada sekejap sahaja di sana.
Netizen yang melihat perkongsian pelajar itu turut mengkritik tindakan individu yang menceroboh kawasan terbabit dan meminta pihak berkaitan untuk mengambil tindakan tegas dengan isu ini.
Sumber: X