in

“Pulangkan separuh pun kami bersyukur”- Keluarga Mangsa Kemalangan Rayu Pencuri Serahkan Semula Wang RM9000

Feat 2 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kecurian semasa kemalangan bukanlah perkara asing, ketika orang lain sibuk membantu mangsa yang cedera, ada pula orang ambil kesempatan dengan mengambil barang peribadi mangsa untuk keuntungan sendiri.


Perkara sama turut berlaku kepada abang Mimi Syazwani yang terlibat dalam kemalangan pada 4 Mac lalu.

Menurut tweet dari Mimi Syazwani, bapanya telah menyuruh abangnya untuk mengeluarkan cek syarikat yang berjumlah RM9,000 untuk dijadikan modal membeli barang syarikat di Shah Alam. Banyak tu!

Nak dijadikan cerita, dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Setapak, motor abangnya hilang kawalan kerana laluan berpasir dan menyebabkan abangnya terjatuh hingga tak sedarkan diri.

Screenshot 2019 03 07 At 5.16.50 Pm

Atas dasar tanggungjawab rakyat Malaysia, ramai yang telah membantu abang Mimi ini semasa dia tak sedarkan diri.

Tapi, dalam ramai-ramai tu, ada pulak individu tak bertanggungjawab pergi ambil kesempatan dengan mencuri sampul berwarna putih yang mengandungi wang tunai RM9,000 dan cek syarikat dari abangnya yang tak sedarkan diri. Menyempat eh?

Screenshot 2019 03 07 At 5.17.07 Pm

“Saya mohon, bagi sesiapa yang ada bersama Abang saya pada masa itu agar jujur dan pulangkan kembali wang tersebut. Pulangkan separuh pun kami dah bersyukur. Sedih melihat Ibu Ayah saya ditimpa musibah dengan keadaan Abang saya yang kritikal di wad kecemasan.”

Setakat ini, keluarga Mimi dah pun membuat laporan polis dan menghubungi pihak DBKL untuk melihat CCTV semasa hari kejadian.

Selain itu, Mimi juga meminta pertolongan orang ramai yang melihat kejadian itu dan mempunyai apa-apa bukti untuk tampil membantu siasatan.

Harapnya keluarga Mimi akan mendapat bantuan yang diharapkan dan abangnya cepat sihat dan pulih seperti sediakala.

 

Baca: “Tolong jgn tinggalkan saya sorang-sorang di rumah lagi”- Perompak Guna Taktik ‘Lori Sampah’ Pecah Masuk Rumah Sebelum Mencuri & Kelar Gadis

Screenshot 2019 03 07 At 5.20.40 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.