in ,

“Pulangkan balik RM2100 aku!”- Seller Tipu Customer, Jual Monitor Rosak Hanya Beralaskan Bantal Dan Selimut Je Dalam Bungkusan?

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pembelian online dah jadi pilihan bagi orang ramai untuk beli barang lagi-lagi waktu PKP ni sebab pergerakan keluar rumah dihadkan. Oleh itu, untuk ambil langkah senang just perlu order barang online dan nanti akan sampai ke rumah.


Namun, perlulah diingat walaupun barang dibeli secara online, keselamatan dan jaminan barang perlu diambil kira sebab kita tak tahu apa yang akan berlaku pada bungkusan barang yang kita order tu.

Ada customer yang dapat barang luar daripada jangkaannya, ada seller yang silap bagi barang malah ada seller yang sanggup menipu customer jual barang rosak.

Macam yang berlaku kepada seorang pemuda ini, dia berkongsikan pengalamannya di Facebook mengenai seorang seller yang menipunya dengan menjual monitor yang rosak.

Menurutnya, dia membeli monitor itu waktu PKP dan ianya berharga RM 2100. Dia juga telah pun membuat pembayaran secara online kepada seller berkenaan.

Namun, apa yang mengecewakannya didapati monitor yang dibelinya itu rosak dan tak function. Dia sudah pun memaklumkan kepada seller berkenaan untuk mengambil insurans terhadap barang yang nak di pos ni tapi seller seakan-akan sengaja tak nak ambil supaya kalau apa-apa jadi boleh salahkan pihak courier.

Dalam pada itu, dia merayu dan meminta kepada seller untuk membuat full refund tapi seller berkeras juga tak nak buat.

“Pulangkan balik duit RM 21000 aku!” 

Pada kebiasannya, pemuda ini akan mengambil gambar terlebih dahulu sewaktu menerima bungkusan, bila monitor dipasang tak function pulak. 

Dia ada juga contact service centre untuk repair monitor ni, tapi dimaklumkan mereka tak repair barang daripada personal seller dan seller itu perlu bertanggungjawab sebab tak ambil insurans waktu nak pos monitor tu.

Biasanya barang fragile walaupun kecik, seller akan bungkus kemas-kemas dan guna bubble wrap  supaya barang tu selamat. Tapi monitor ini hanya beralaskan bantal dan selimut supaya menampakkan ianya selamat.

Eh monitor kot, takkan nak letak macam tu je. 

Sampai sekarang, pemuda ini nak buat refund pun seller tu tetap berkeras juga tak nak buat.

Hmm, untuk online seller janganlah aniaya orang macam ni. Kalau nak berniaga tu biarlah ikhlas dan jangan pula nak tipu-tipu customer. 

Baca : “Naya orang lain punya parcel” – Netizen Bengang Dengan Seller Choco Jar Bila Tengok Parcel Ni

 

 

 

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Fcaebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.