in

“Puan berada di pihak yang salah” – Komen Terperinci Seorang Ustaz Yang Sangkal Kenyataan Fynn Jamal

ustaz2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nampaknya isu pasal Fynn Jamal ini masih belum berpenghujung ramai pihak telah menyuarakan pendapat mereka untuk sangkal kenyataannya berhubung dengan isu yang cuba dibahaskan sebelum ini iaitu jenayah rogol.

Disebabkan itu, seorang ustaz yang dikenali sebagai Hasrizal tampil membuat kenyataan untuk menjelaskan tentang konteks sebenar perbezaan antara rogol dan zina.


Malah dia juga memberikan sebab yang kukuh untuk sangkal pendapat Fynn Jamal sebelum ini.

 

Banyak nasihat yang Fynn Jamal kongsikan itu bagus, bahagian yang perlu diperbaiki ialah…”

Berhubung dengan video live antara Fynn Jamal dan juga Caprice yang viral baru-baru ini, Ustaz Hasrizal menerusi Instagram ada menegaskan terlalu banyak kekangan terjadi sepanjang perbualan mereka sehingga menjadi satu debat dan berlaku perbalahan kecil.

Bagaimanapun dia tak nafikan bahawa perkongsian Fynn Jamal itu bagus, cuma sebagai seorang yang berkelulusan sarjana muda dalam bidang Syariah, dia sendiri tidak fikir bahawa dia merupakan ahli untuk berbicara mengenai aplikasi hukum jenayah rogol itu sendiri.

 

https://www.instagram.com/p/CCGADEQH8Tf/

Malah Ustaz Hasrizal juga merasakan bahawa pandangan yang Fynn Jamal berikan itu bukanlah pasal jenayah rogol.

 

Saya merasakan bahawa pandangan beliau itu merujuk kepada ZINA dan bukannya ROGOL.”

Kalau anda ada menonton video viral baru-baru ini, Fynn Jamal ada menjelaskan bahawa aurat dan penggunaan filter adalah kepada jenayah rogol, tetapi berbeza pula dengan pandangan Ustaz Hasrizal.

Baginya kesemua kegiatan itu lebih menyumbang ke arah perbuatan zina.

“Jika kegagalan menjaga aurat, berhias, melunakkan suara, pergaulan bebas, menggunakan filter di media sosial untuk bergedik, andai semua itu hendak disabitkan sebagai penyumbang kepada berlakunya zina.”

Tambahnya lagi, rogol tidak boleh sama sekali dikaitkan dengan hal-hal berkenaan. Rogol adalah jenayah pilihan sang pelaku.

“Inilah ikhtiar terakhir saya untuk berbaik sangka. Bahawa apa yang Fynn Jamal maksudkan adalah zina, dan bukannya rogol.”

Baca kenyataan penuhnya disini untuk fahaman yang lebih jelas.

https://www.instagram.com/p/CCHiOMgnLhB/

Penjelasan dan anggapan yang diberikan oleh Ustaz Hasrizal yang juga merupakan seorang guru ini sampai ke pihak Fynn Jamal dan difahamkan ia telah disangkal.

Susulan itu, Ustaz Hasrizal sekali lagi memberikan keterangan yang lebih jelas tentang jenayah rogol ini.

 

Walaupun garik atau gedik atau seksi macam mana pun seorang perempuan, apabila dia dirogol, kesalahan TETAP dinisbahkan kepada perogol dan bukan kepada mangsanya”

Ustaz Hasrizal juga ada lampirkan contoh yang lebih terang dan jelas untuk difahamkan.

https://www.instagram.com/p/CCHux2_HS7u/

 

Baca : “Kau pernah duduk one on one dengan org yang pernah kena rogol?” – Zarina Anjoulie Pula Tempelak Pendapat Fynn Jamal

za

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.