in

“Puak pemabuk bodoh!” – Pemandu Mabuk Tanpa Lesen Langgar Makcik Jual Nasi Lemak Hingga Mati

Collage 17

Minum alkohol memang tak salah dari segi undang-undang tapi bila dah minum tu kenalah bertanggungjawab. Sekarang ni dah banyak e-hailing, so takde alasan lah kalau korang memang kena drive dan membahayakan nyawa orang lain.

Macam kejadian yang berlaku dekat Seberang Prai, Pulau Pinang pada hari Ahad lepas. Satu kereta yang dipercayai hilang kawalan terbabas terlanggar gerai nasi lemak di tepi jalan.

Msian With No Licence Under Influence Of Drugs Alcohol Kills Nasi Lemak Seller After Crashing Into Stall World Of Buzz
Sumber: the sun daily

Menurut Bernama, kereta pemandu yang berusia 31 tahun itu telah terbabas dan melanggar pasangan suami isteri yang sedang berniaga. Akibat pelanggaran, pasangan tersebut tercampak ke atas jalan 10 meter dari gerai mereka.

Ketua polis daerah Seberang Prai Utara ACP Noorzainy Mohd Noor berkata mangsa wanita meninggal semasa menerima rawatan manakala suaminya mengalami kecederaan parah.

Msian With No Licence Under Influence Of Drugs Alcohol Kills Nasi Lemak Seller After Crashing Into Stall World Of Buzz 3
Gambar hiasan

“Mangsa wanita, Roslinda Mohamad Isa, 44, meniggal semasa menerima rawatan di Hospital Kepala Batas manakala suaminya, Mat Subri Saad, mengalami kecederaan parah di kepala dan tangannya juga sedang dirawat di hospital yang sama.”

Walau bagaimanapun, pemandu tersebut selamat dengan kecederaan ringan. Difahamkan, pemandu itu disahkan positif dadah dan alkohol serta tak mempunyai lesen memandu. Bukan tu je, road tax dia pun dah expired. Ya Allah, memang cari pasal.

Kemalangan ini kini sedang disiasat di bawah Seksyan 44(1) Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987 kerana memandu di bawah pengaruh.

Harapnya pihak berkuasa dapat menyiasat kes ini dengan telus dan pemandu tersebut mendapat hukuman yang setimpal sekiranya dia didapati bersalah.

 

Baca: “Percuma anak orang kau langgar” – Pemandu Mabuk Rempuh Mati Budak 10 Tahun

Screenshot 2019 06 17 At 1.31.46 Pm