Tahun depan Malaysia akan digemparkan dengan kedatangan kumpulan K-Pop terkenal yang telah mencetus fenomena industri muzik di Malaysia iaitu Blackpink. Mereka juga dikatakan akan mengadakan konsert keduanya di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 4 Mac 2022.
Pengumuman tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen di Malaysia dimana ada yang daripadanya tidak sabar untuk menghadiri konsert tersebut dan ada juga yang tidak bersetuju kumpulan terkenal itu dibawa ke Malaysia.
Seperti baru-baru ini, tular hantaran di media sosial berkenaan seorang penceramah bebas yang memberi ulasan dan pendiriannya mengenai konsert Blackpink yang diadakan tidak lama lagi.
PU Syed bantah konsert Blackpink, minta kerajaan halang masuk Malaysia atau buat himpunan bantahan!
Hantaran yang dikatakan menjadi bualan ramai orang itu telah dikongsi di laman Instagram rasmi PU Syed yang memberi hujah berkenaan dengan kedatangan kumpulan Blackpink tersebut ke Malaysia pada tahun hadapan.
Turut dikongsi juga sebuah tangkap layar perbualan antara pengguna media sosial yang meminta PU Syed untuk memberi nasihat mengenai konsert tersebut. Menurutnya, kumpulan K-POP terkenal itu dijadualkan akan datang Malaysia sesudah selepas konsertnya di Arab Saudi.
https://www.instagram.com/p/ChiZ2mQh_80/
“Ejen² Dajjal sudah semakin rancak menyelinap masuk dlm negara² Islam.”
Dia juga mendesak kerajaan supaya menghalang kumpulan ini daripada masuk Malaysia dan membuat konsert di Malaysia atau dia akan membuat usul untuk mengadakan himpunan bantahan besar-besaran sekiranya kerajaan tidak memberi kerjasama.
“Mac 2023 bukan lama lagi…mula dari sekarang gerakan utk halang mereka ini!!”
Menurutnya juga, perkara ini perlu dielakkan agar akidah umat islam dapat dijaga dengan baik. Dia juga menegaskan sekiranya orang bukan islam yang ingin menghadiri konsert tersebut seharusnya pergi ke negara lain bukannya Malaysia.
“Jika orang kafir di Malaysia ini yg “selok” sgt nak berhibur..silakan pergi ke Korea atau ke mana shj, tapi jangan di Malaysia!!”
Dapat reaksi oleh netizen, ada yang sokong ada yang tak
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memberi pelbagai reaksi mengenai perkara ini dimana ada yang menyokong dengan pandangan PU Syed untuk membatalkan konsert tersebut dan ada juga yang tidak bersetuju.
Apa pandangan korang mengenai perkara ini?
Baca: BLACKPINK Bakal Menggegar Stadium Nasional Bukit Jalil Mac 2023!