Pendakwah Pencetus Ummah (PU) Azman mengatakan bahawa dirinya masih giat menghadiri undangan program ceramah walaupun kini terpalit dengan tuduhan jenayah seksual.
Pu Azman atau nama sebenarnya Azman Syah Alias, 42, berkata dia masih lagi menjalani kehidupan biasa termasuk membuat perkongsian berkaitan hal agama dan media sosial miliknya.
Artikel Berkaitan : Kes PU Azman: Firdaus Wong Pilih Untuk Dedah Kerana Takut Azab Allah
Artikel Berkaitan : Saksi Ke-7 Dakwa PU Azman Minta Mangsa Kedua Lakukan Seks Oral
“Perkembangan terkini seperti biasa, saya masih menerima jemputan ceramah. Kebanyakan program ceramah dilakukan di Perak dan saya juga masih buat content di media sosial seperti biasa. Dalam situasi ini, saya dah tak fikirkan apa-apa.”
Jelas Azman kepada mStar lagi, fizikalnya kelihatan kurus bukan kerana tertekan dengan kes tersebut tetapi aktif melakukan fizikal seperti mendaki bukit dan gunung.
“Selebihnya saya melakukan aktiviti-aktiviti bersifat peribadi seperti mendaki, itu yang nampak kurus sikit.”
PU Azman ditemui selepas sebutan kes amang seksual melibatkannya di Mahkamah Sesyen Ampang pada pagi Rabu.
Dalam sebutan kes itu, Hakim Norhazani Hamzah telah menetapkan pertuduhan kes amang seksual itu di Mahkamah Sesyen Klang akan dibicarakan serentak dengan kes di Mahkamah Sesyen Ampang. Pihak mahkamah telah menetapkan 8,9,23,29 dan 30 Mei 2024 sebagai tarikh perbicaraan.
Sumber : mStar Online