Rasanya jarang kita dengar kes ‘flasher’ di Malaysia ni, biasanya banyak berlaku kat negara luar especially Korea Selatan dan Jepun.
Tapi jangan terkejut sebab kejadian tu baru-baru ni berlaku di negara kita dan yang paling tak best bila dia sasarkan budak sekolah rendah.
Di facebook dah viral pasal isu ni dimana murid di sebuah sekolah rendah di Seksyen 27 Shah Alam jadi trauma dan dalam ketakutan lepas diganggu lelaki bertopeng..kenapa pulak ni?
Kisah ini diceritakan oleh pengawal keselamatan sekolah itu yang hanya mahu dikenali sebagai Zamri, 49 tahun.
Katanya dalam kejadian 5 petang itu, 3 murid berumur 12 tahun sedang berjalan ke sekolah selepas membeli air di kedai berhampiran.
Murid-murid tersebut merupakan murid sesi pagi dan baru selesai jalani latihan bola jaring, ketika itu dorang tengah tunggu parents nak ambil diorang.
“Tiba-tiba ketika berjalan, murid itu menjerit dan melarikan diri ke sekolah selepas lelaki bertopeng yang menaiki kereta Kancil merah memanggil mereka lalu menunjukkan kemaluannya.”
“Orang ramai yang terdengar jeritan itu bergegas menemui murid terbabit sebelum menceritakan kejadian.”
Zamri berkata ada antara orang ramai di sekitar kawasan tersebut bertindak mengejar kereta itu tapi tak berjaya sebab suspek melarikan diri ke jalan utama.
“Ada guru berjaya merakam gambar di bahagian hadapan dan belakang kenderaan itu namun ia menggunakan nombor pendaftaran kereta berbeza,”
Rupanya kejadian tu bukan yang pertama kali berlaku, menurut Zamri yang telah bertugas hampir 8 tahun di sekolah itu berkata kereta berkenaan sebenarnya sudah 3 tahun berlegar-legar di kawasan Seksyen 27, Shah Alam..ish tak kan dorang tak report.
“Ini bukan kejadian pertama. Sebelum ini, ada pelajar perempuan mendapatkan perlindungan di sekolah ini selepas diganggu ketika berjalan pulang ke rumah, sekolah serta asrama,”
Katanya ada 4 sekolah di sekitar kawasan tersebut termasuk sebuah penempatan kolej swasta.
Setelah diselidik, rupanya sekolah itu ada juga muat naik status bersama gambar di akaun facebook rasmi.
Malah ia turut menjadi tular dan dikecam orang ramai susulan tindakan tidak bermoral itu dilakukan terhadap murid sekolah rendah..siapa baca pun marah..
Jentik anu tu, cucuh api rokok!
Ikat dekat pokok lepas tu letak kerengga banyak2 kat anu dia
Jahanaammm…
Difahamkan laporan polis pun sudah dibuat di Balai Polis Alam Megah, Seksyen 27.
Lepas ni bagi anak-anak spray lada, biar pedih sikit anu ‘flasher’ tu..haishh!
Baca : Abg long cucuk darah Anak Pengasuh 13 Tahun Masukkan Bebird Dalam Dubur Budak 4 Tahun