“Abg long cucuk….darah”- Anak Pengasuh 13 Tahun Masukkan Bebird Dalam Dubur Budak 4 Tahun

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Isu cabul dalam kalangan kanak-kanak seperti sudah menjadi masalah harian di negara ini, banyak kes-kes sebegini dilaporkan yang mana kebanyakan pelakunya merupakan individu yang rapat dengan mangsa.

Meskipun tindakan sudah diambil, akta sudah dipinda namun masalah ini tetap berleluasa berlaku dalam kalangan rakyat berbilang bangsa di negara ini, persoalannya kenapa ia dipandang sepi?

Semalam seorang lelaki di laman facebook Akhi Fairuz memuat naik kejadian cabul melibatkan anak pengasuh yang berusia 13 tahun..astaghfirullah kecik lagi.

Ini kisah yang dikongsikan lelaki itu melalui postingnya semalam.

Anak berusia 4 tahun jadi mangsa anak pengasuh usia 13 tahun..

Budak kecil tak akan menipu..

Anak pengasuh mengaku bersalah..

So, Akhi pun berkongsi perkara yang perlu dilakukan sekiranya berdepan dengan kejadian sedemikian.

Berikut merupakan perkongsian lelaki itu di facebooknya.

Posting Akhi….

Menitik air mata saya baca mesej Puan ni.

Mana-mana mak ayah yang ada anak kecil pasti rasa tersentak jika kejadian macam ni berlaku pada anaknya. Kita dah jaga dia elok-elok, didik baik-baik, tapi ada orang lain yang rosakkan!

Sebab tu kalau ada ibubapa yang mengadu pada saya pasal ni, yang pertama saya akan minta mereka percaya dahulu apa yang anaknya sampaikan.

Anak-anak sebesar ini takkan sekali-kali menipu bila private partnya (bibir, dada, punggung, kemaluan) disentuh, diraba, apatah lagi dimasukkan zakar.

Please, please, please, buat report polis segera. Kemudian, polis akan guide untuk dapatkan laporan kesihatan di hospital. Doktor perlu periksa kesan tusukan atau koyakan, samada kesan baru atau dah lama (berkali-kali berlaku).

Tolong, tolong, tolong, ajar anak-anak apa itu sentuhan selamat dan tidak selamat. Anak-anak kena tahu bertindak kalau rasa tak selesa seseorang individu menyentuh tubuh badannya.

Ajar anak 3 step mudah!

1. JERIT kuat-kuat
2. LARI 
3. MENGADU

Bila nak ajar? Seawal yang boleh. Bila anak dah faham arahan kita, terus sahaja ulang-ulang perkara ni. Lama-lama dia akan faham. Mulakan dahulu dengan memberi nama yang sebenar kepada kemaluan yang lelaki dan perempuan.

Jika dah usaha untuk mencegah, tetapi perkara tak diingini tetap juga berlaku, jangan pernah undur untuk membela nasib anak. Jangan fikirkan sangat pasal pemangsa (apatah lagi si pelaku ahli keluarga sendiri). Anak-anak ini akan nampak kita berbuat sesuatu untuk haknya!

Share post ini. Tag pasangan anda. Biar ramai ibubapa yang alert!

Baca : Dah beritahu nenek, tapi seorang pun tak percaya 3 Beradik 1  5 Tahun Sering Di Cabul Bapa Kandung

 

 

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Isa Zubir

Sejenis manusia yang sempoi, masuk air dan kuat makan. Spesis makhluk yang kalau gelak tak ingat dunia, tapi tak perlu risau sebab aku still waras lagi. Perkara paling penting dalam hidup aku - FAMILY dan KERJAYA, yang lain jatuh nombor dua.