Sebelum ini berita kematian pelakon Thailand Pattaratida “Tangmo” Patcharaveerapong telah mengejutkan ramai peminat-peminatnya dan disebabkan misteri yang melanda kes kematiannya itu, ia juga turut heboh di negara-negara jiran.
Selepas kes ini senyap untuk beberapa ketika, beberapa hari lepas nama Tangmo kembali naik selepas tiba-tiba akaun media sosialnya tiba-tiba aktif sehingga ada live menunjukkan wanita ini di atas bot sehingga timbul spekulasi mengatakan pelakon tersebut masih hidup.
Ekoran ini, Pesuruhjaya Biro Siasatan Jenayah Siber, Pol Lt Gen Kornchai Khlaihlueng mengatakan bahawa pihaknya sedang mengesan individu disebalik media sosial Tangmo dan dijangkakan akan mendapat jawapan dalam masa tujuh hari.
Menurutnya, dalang disebalik akaun media sosial pelakon itu mungkin mempunyai akses kepada akaun iCloud ekoran semua gambar dan video yang disiarkan itu diambil dari akaun mendiang dan pernah diperiksa pihak polis sebelum ini.
Untuk pengetahuan korang, pada 24 Februari lalu Tangmo dilaporkan lemas selepas terjatuh dari bot yang dinaiki bersama lima orang temannya.
Selepas beberapa bulan menjalankan siasatan, pihak polis menamatkan siasatan dengan mengatakan kematian Tangmo adalah disebabkan oleh pemanduan bot yang laju dan melulu.
Sumber: Harian Metro
Baca: “On my way home soon” – Tiba-tiba Buat Live FB, Netizen Terkejut Tengok Tangmo ‘Masih Hidup’?