in

Polis Tahan Lelaki Pakistan Lepas Video Aksi Pacak 100 Meter Tular Di Media Sosial

Ft Pakistan Wheelie

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Keseronokkan seorang lelaki Pakistan menunjukkan aksi ‘wheelie’ di Kluang, Johor, telah mengundang padah apabila dia ditahan oleh pihak polis atas aksi merbahaya yang dilakukannya itu.


Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrain Mohd Noh berkata, video berdurasi 23 saat yang tular di media sosial itu memaparkan suspek yang berusia 22 tahun menunggang motosikal dalam keadaan berbahaya itu berjaya dikesan pihaknya.

“Satu kiriman video dari Facebook telah dikesan memaparkan seorang lelaki Pakistan menunggang sebuah motosikal jenis SYM VF3i melakukan aksi ‘wheelie’ dengan mengangkat tayar hadapan motosikal,” katanya.

Difahamkan, suspek yang bekerja sebagai pemotong rumput itu telah disaman kerana tiada lesen memandu, lesen kenderaan motor tamat tempoh dan tiada perlindungan insurans.

2012099

2012098

“Anggota Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Kluang telah melakukan risikan dan berjaya menahan suspek di hadapan sebuah kedai di Taman Majupadu pada jam 6.45 petang.”

Menurut Bahrain, motosikal yang digunakan suspek telah dirampas dan kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengankutan Jalan 1987, iaitu memandu secara melulu dan membahayakan.

Terdahulu, sebuah video telah tular di Facebook ‘Kluang Paranormal Research’ yang memaparkan beberapa orang ‘mat motor’ sedang berbual sebelum salah seorang daripada mereka yang berasal dari Pakistan itu bertindak melakukan aksi pacak.

Joki pakistan sudah mari hanya dikluang..???#jokipakistan

Posted by Kluang paranormal research – KPR on Monday, April 3, 2023

 

Hmmm ni macam mana ni..

Sumber : Kosmo!, Facebook

Baca : “Sakit dapat malu pun dapat” – [VIDEO] Tunjuk Berani Buat ‘Pacak’ Tengah Highway, Mat Rempit Hampir Kena ‘Sapu’ Dengan Kereta

Vid Rempits 608X320 1

Sumber: Kosmo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.