in

Polis Siasat Perarakan Bawa Senjata, Timbulkan Kegusaran Dalam Kalangan Masyarakat Setempat

Perarakan Himpit

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai satu perarakan sekumpulan pemuda dari sebuah parti politik di Setiu, Jumaat lepas.

Individu yang menyertai perarakan sempena program Himpunan Pemuda Islam Terengganu (Himpit) ini membawa senjata dan telah menimbulkan rasa takut dan kegusaran dalam kalangan masyarakat setempat.


Menurut Ketua Polis Terengganu Datuk Rohaimi Md Isa, pihak polis bakal melakukan siasatan lanjut terhadap penganjur dan peserta program ini.

Perarakan

“Pihak polis akan menjalankan siasatan bagi mengenal pasti kesalahan-kesalahan yang dilakukan dalam program perarakan tersebut dan akan mengambil tindakan yang sewajarnya.

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada 17 Feb lepas di sebuah kawasan resort di Setiu. Perarakan itu merupakan salah satu dari acara yang dipertandingkan pada program itu iaitu reka cipta bertemakan pakaian, senjata dan warisan Islam,” ujarnya lagi.

Beliau berkata program itu disertai setiap daerah di negeri ini dengan hanya satu kumpulan mengenakan pakaian sambil membawa replika senjata.

Menurut Rohaimi, pihaknya mengetahui mengenai program tersebut, namun tidak dimaklumkan mengenai perarakan membawa replika senjata tersebut.

Menurut Ketua Polis Daerah Setiu pula, Deputi Superintenden Affandi Husain, pihak polis telah melakukan siasatan lanjut selepas gambar perarakan tersebut tular di media sosial sejak semalam.

“Polis sedang menyiasat keaslian objek berbentuk senjata itu yang dibawa peserta ketika perarakan berkenaan sama ada replika atau sebaliknya.

“Buat masa ini, kami masih menilai tindakan yang boleh diambil ke atas penganjur atau peserta berdasarkan peruntukan undang-undang dari sudut jenayah.”

Sumber: Utusan

Baca: Kita undi awak je lah!-[VIDEO] Lelaki Reka Busana Guna Bendera Parti Politik, Siap Catwalk Lagi!

Catwalk Pru15 1

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.