in

Polis Siasat Kes Ibu Mentua, Adik & 2 Anak Hilang Lepas Bercuti Ke Pulau Perhentian Sejak 30 September Lalu

Ft Keluarga Hilang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang wanita bersama anak lelaki dan dua cucu dikhuatiri hilang kerana gagal dihubungi ketika bercuti di Pulau Perhentian pada hujung minggu lalu.


Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Abdul Rozak Muhammad berkata, Suraidah Abdul Ghani, 52, dari Kluang, Johor dan ahli keluarganya dikesan keluar dari pulau peranginan itu sejak kelmarin.

Artikel Berkaitan : Keluarga Buntu Gadis 22 Tahun Hilang, Kali Terakhir Kelibat Dirakam CCTV Dekat Chiang Mai Thailand

Artikel Berkaitan : [VIDEO] Keluarga Beri RM50K Kalau Jumpa Akmal, Pemuda Hilang Di Pulau Mawar Sejak 1 Feb Lalu

Tambahnya, mangsa lain, Mohamad Aiman Mohd Rafee, 21 serta dua cucunya, Sasa Alesha, 7, dan Ahmad Dhani Mohd Saiful, 4, gagal dihubungi sejak Sabtu lalu hingga hari ini.

“Kita menerima laporan semalam dari ahli keluarga mangsa memaklumkan mangsa tidak dapat dihubungi bermula pagi 30 September lalu.”

“Siasatan dijalankan dan mendapati semua mangsa pergi ke Pulau Perhentian pada 29 September menginap di sebuah resort serta mendaftar keluar pada 1 Oktober jam 8 pagi.”

F7Ftjc4Ayaaiu6T

Kata Rozak, hasil siasatan mendapati bahawa semua mangsa mengikuti aktiviti snorkeling pada 29 dan 30 September lalu.

“Pengendali bot memaklumkan telefon ibu serta adik pengadu terkena air dan tidak dapat dihidupkan.”

“Mereka memaklumkan akan ke Batu Buruk, Kuala Terengganu selepas keluar dari Pulau Perhentian.”

“Keluarga itu menggunakan kenderaan jenis Proton Saga BLM berwarna biru muda nombor pendaftaran JRW 6380.”

Sumber melaporkan bahawa, mereka menaiki bot kira-kira jam 8 pagi dan sampai ke jeti di Kuala Besut kira-kira jam 9 pagi pada 1 Oktober.

“Namun sehingga kini keberadaan mereka masih gagal dikesan dan dihubungi serta siasatan diteruskan untuk mengesan keluarga itu.

“Hasil semakan kamera litar tertutup (CCTV) mendapati kenderaan yang digunakan bergerak keluar dari Pekan Kuala Besut menuju ke arah Jambatan Seberang Kastam pada 1 Oktober kira-kira jam 10.06 pagi,” katanya.

F7Ftjc6Bmaadxhe

F7Ftjc8Aaaabkfb

Dalam pada itu, polis menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian boleh menyampaikan maklumat kepada pegawai penyiasat kes Inspektor Nur Izzati Arina di talian 017-3792157 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Besut 09-6956222 atau balai polis terdekat.

Sumber : Harian Metro
Sumber: X
Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.