in

Polis Nasihat Buat ‘Urine Test’ Kendiri Ganja Sebelum Pulang Ke Malaysia Untuk Elak Ditahan

Axc

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sekarang sudah menjadi trend oleh sesetengah rakyat Malaysia yang lebih suka melancong ke luar negara sebagai destinasi utama untuk bersiar-siar bersama keluarga ataupun orang tersayang.


Mana taknya, selepas dua tahun kita dikurung di dalam rumah dan akhirnya semua orang berpusu-pusu mengambil peluang untuk meneroka beberapa negara. Orang kata lepas gian. Macam contoh negara Thailand sekarang telah menjadi tempat utama untuk orang Malaysia melancong.

Polis nasihat buat ‘urine test’ sebelum pulang ke Malaysia

Namun, dalam kita seronok bercuti, pihak polis telah meminta ataupun menasihati rakyat Malaysia yang berkunjung negara membenarkan pengambilan dadah untuk membuat ujian saringan urin menggunakan ‘test strip’ di negara tersebut sebelum pulang ke Malaysia.

Menurut Sinar Harian, ia untuk mengetahui sama ada produk makanan diambil mengandungi ganja atau tidak.

Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad memberitahu individu terbabit perlu membuat ujian kendiri bagi memastikan diri mereka bebas dari dadah sebelum pulang ke Malaysia.

Screenshot 2022 09 29 At 11.10.46 Am

“Jika gagal dan didapati positif dadah oleh pihak penguat kuasa maka akan dihukum di bawa Akta Dadah Berbahaya 1952.”

Dia juga turut menasihati agar berhati-hati dengan makanan di negara yang dilawati kerana kemungkinan kandungan di dalam makanan tersebut mempunyai unsur ganja.

“Kandungan ‘Delta-9-tetrahydrocannabinol’ atau THC iaitu kandungan dalam ganja boleh berada dalam badan lebih seminggu atau sebulan bergantung kepada tubuh seseorang.”

Untuk pengetahuan korang, pemeriksaan awal yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ialam 50 ng/ml sahaja untuk dadah jenis ganja. Jika dikesan mengandungi nilai ‘cut-off’ maka siasatan akan dijalankan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.”

Ee48B3Cb F438 4A43 940D 6F29F8D35316

Pemeriksaan dilakukan di sempadan negara dan seluruh Perlis

Menurutnya, penguatkuasaan penyalahgunaan dadah bukan sahaja dilakukan di sempadan malah seluruh Perlis. Mengikut data yang dikeluarkan jumlah penagih dadah dikesan di daerah sempadan iaitu Padang Besar sejak Januari hingga Ogos 2022 ialah seramai 255 orang berbanding Arau (218) dan Kangar (711).

Dia juga menjelaskan bahawa tiada konsep pemeriksaan rambang dilakukan ke atas mana-mana individu dan hanya dibuat ke atas individu mempunyai syak wasangka yang munasabah.

“Sehingga kini seramai 1,184 orang rakyat Malaysia telah ditangkap di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 di Perlis.”

Suka-suka juga guys..Min harap korang lebih berhati-hati di negara orang…

Baca: Wanita Singapura Tersalah Makan Sup Di Thailand, Ingatkan Kangkung Rupanya Daun Ganja

Screenshot 2022 09 29 At 11.08.07 Am

 

Sumber: Portal
Sumber: Portal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.