in

Polis Indo Terpaksa Buka Sempadan Lepas Penunggang Motor Cuba Balik Raya Hingga Sebabkan ‘Jam’ Panjang

Collage 20

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perintah lockdown yang dilaksanakan ketika pandemik ini adalah untuk memastikan penularan virus Covid-19 dapat dibendung. Namun tak dapat nak dinafikan, perkara ini sedikit sebanyak turut buatkan ramai tak senang duduk lebih-lebih lagi bila tiba musim perayaan.


Situasi yang sama turut berlaku di Indonesia bila ribuan penunggang motosikal di Jakarta telah berkumpul di sempadan Bekasi-Kerawang untuk pulang ke kampung halaman bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Menurut Tribun, insiden yang berlaku pada Ahad lepas ini telah menyaksi ribuan motosikal bersesak di sempadan yang telah dihalang oleh pihak polis itu hingga menyebabkan kesesakan teruk sepanjang 5km.

Jam 1

Namun, bila pihak berkuasa cuba untuk hentikan penunggang-penunggan motor dari merentas sempadan dan meminta mereka untuk berpatah balik, arahan tersebut tak dipedulikan dan ada juga yang cuba bergerak melawan arus.

Keadaan ini telah memaksa pihak berkuasa untuk membuka sekatan jalan raya buat sementara waktu kerana risau jika ada kemalangan yang tak diingini berlaku. Disebabkan tindakan ini, penunggang-penunggang tersebut telah berjaya merentas sempadan dan bergerak menuju ke destinasi mereka.

Jam 2

Ketua Polis Bekasi, Hendra Gunawan mengatakan, pasukannya telah cuba sedaya upaya untuk menghalang orang ramai dari merentas daerah.

Tapi, untuk elak dari kesesakan lalu lintas yang teruk, kami terpaksa buka halangan. Kalau kami biarkan, mungkin akan terdapat penularan ekoran kesesakan tersebut.

Untuk pengetahuan korang, pihak berkuasa di Indonesia telah menjalankan operasi menghalang rakyat mereka untuk pulang ke kampung halaman bagi menyambut hari raya. Operasi ini dikenali sebagai “Operasi Ketupat Jaya 2021” yang telah dijalankan sejak 6 Mei lalu dan akan berakhir pada 17 Mei.

 

Baca: “Dimana ada kemahuan…” – Elak Roadblock, Indonesia Guna Perahu & Rakit Untuk Balik Kampung Sambut Raya

Screenshot 2021 05 11 At 4.46.04 Pm

Sumber: Tribun
Sumber: Tribun

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.