Pihak polis Thailand telah memaklumkan bahawa remaja lelaki berusia 14 tahun yang terlibat dalam insiden tembakan rambang di sebuah pusat beli-belah di Bangkok ada kongsikan gambar peluru dan video dirinya berlatih mengendalikan senjata api dalam group WhatsApp.
Menerusi Astro Awani, siasatan awal turut mendapati bahawa suspek seorang yang gemar bermain permainan video yang berunsurkan keganasan senjata api.
Artikel Berkaitan : “Baju mereka penuh darah” – Kembar Berusia 5 Tahun ‘Hilang’ Ibu Dalam Tembakan Di Siam Paragon Mall
Artikel Berkaitan : Insiden Siam Paragon Mall: Suspek Remaja 14 Tahun Disyaki Ada Masalah Mental
Penemuan itu adalah hasil pemeriksaan pada telefon bimbit polis suspek sejjurus serangan di Siam Paragon yang meragut dua nyawa, termasuk seorang pelancong China, semalam.
Dalam serangan itu, ia dikatakan terjadi sekitar jam 4.50 petang (waktu tempatan) yang turut mencederakan lima mangsa lain.
Semasa ditahan, polis menemui sepucuk pistol Glock 19 berisi peluru 9 milimeter (mm) pada tubuh suspek yang disyaki digunakan dalam tembakan rambang di Siam Paragon.
Suspek juga tidak melawan tetapi berulang kali menyatakan bahawa ‘penyerang sebenar’ masih bebas. Dia kini sedang disiasat oleh Unit Jenayah Kanak-Kanak Polis Thailand dan motif serangan masih samar.
Sumber : Astro Awani