in

Polis Berpangkat Konstabel Ditahan, Disyaki Cuba Rogol Remaja 19 Tahun Di Stesen Minyak

Polis Cubaan Rogol

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang anggota polis berpangkat konstabel ditahan semalam bagi membantu siasatan kes cubaan merogol gadis berusia 19 tahun di sebuah stesen minyak di Jalan Tun Abdul Razak, Ipoh.


Menurut laporan MalaysiaKini, Ketua Polis Perak Mohd Yusri Hassan Basri berkata pihaknya menerima laporan kejadian kira-kira 2.30 pagi itu daripada mangsa yang berusia 19 tahun.

Difahamkan, suspek berusia 23 tahun itu merupakan anggota yang berkhidmat di Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Gajah, Perak.

Pexels Kindel Media 7785046 1
Gambar hiasan

Dia telah direman selama lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan merujuk kepada  Seksyen 376/511 Kanun Keseksaan.

“Kertas siasatan kes ini sedang dikemas kini dan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk cadangan pertuduhan,” katanya dalam sebuah kenyataan.

Beliau turut berkata pihaknya memandang serius terhadap tingkah laku serta integriti dan tidak akan berkrompomi terhadap salah laku mana-mana anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Selain itu, beliau pada masa sama menasihatkan orang awam agar tidak membuat sebarang spekulasi terhadap kes itu sehingga menjejaskan siasatan pihak polis.

Baca: Inspektor Wanita Hina Anggota Polis Ditahan Hari Ini

2Polis

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.