in

Polis Bantuan Terjun Jambatan Pulau Pinang Demi Selamatkan Wanita Cuba Bunuh Diri

Bunuh Diri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Polis Bantuan Terjun Jambatan Pulau Pinang Demi Selamatkan Wanita Cuba Bunuh Diri
Loading
/

Zaman sekarang ni jarang-jarang dah kita nak dengar kisah inspiring dalam kalangan masyarakat melainkan pot pet makcik bawang yang kecam orang sana sini. Tapi kisah polis bantuan yang viral ni patut dijadikan inspirasi buat semua kat luar sana.


Menurut The Star, seorang polis bantuan sanggup pertaruhkan nyawanya untuk terjun dari Jambatan Abdul Halim Muadzam Shah (JAHMS) atau orang Penang panggil jambatan kedua ni demi selamatkan seorang wanita yang dikatakan ingin membunuh diri. Sebaik dapat panggilan dalam jam 11.13 pagi, Zaidi Salleh, 52, terus bergegas ke tempat kejadian.

Sanggup terjun dari ketinggian 20 meter

Ketika sampai di tempat kejadian, Zaidi terlihat mangsa dalam keadaan terkapai-kapai meminta pertolongan. Tak sampai hati melihat mangsa dalam bahaya, Zaidi dengan beraninya terjun dari ketinggian 18 hingga 20 meter semata-mata untuk selamatkan nyawa wanita yang dianggap macam anaknya sendiri.

“Saya memang tidak fikir panjang ketika itu kerana melihat mangsa menjerit meminta tolong sekali gus menimbulkan rasa kasihan apatah lagi dia seolah-olah seperti anak saya sendiri.

“Bagaimana perasaan saya sebagai seorang bapa sanggup membiarkan ‘anak’ menjerit dan meminta pertolongan seperti itu lalu terus terjun untuk menyelamatkannya,” cerita Zaidi.

Terjun 2 Horz
sumber: facebook

Hero pakar berenang, bekas tentera udara dan komando

Hero yang berasal dari Permatang Batu, Bukit Mertajam ni sebenarnya bukan calang-calang orang. Dia seorang yang berpengalaman dan pakar berenang dalam tempoh lama di dalam laut sebab dahulu Zaidi jugak pernah bertugas sebagai anggota tentera udara dan komando. Oh patutlah berani orangnya! 

“Syukur dengan kelebihan yang dianugerahkan ini kerana saya dapat berbakti dan membantu mereka yang memerlukan pertolongan,” kata Zaidi lagi.

30716337 2118953505008790 6495858591742820352 N
sumber: facebook
30724475 2118968158340658 6660044161992884224 N
sumber: facebook

Bukan saja berani, tapi baik hati dan memahami 

Walau bagaimanapun, Zaidi pada masa yang sama meminta orang ramai janganlah mengecam wanita tersebut kerana mangsa kemungkinan dalam keadaan stress sehingga dia buat perkara di luar jangkaan.

“Saya tahu mangsa tidak sedar apa yang dilakukannya kerana berada dalam keadaan yang amat tertekan. Jika tidak, dia tidak menjerit ketakutan seperti itu.

“Malah, wanita itu juga hanya menangis sepanjang kami terapung di laut selama 45 minit, dan dia sendiri tidak pasti dengan apa yang berlaku,” jelasnya.

Terjun 3
sumber: facebook

Mangsa yang berjaya diselamatkan tu dibawa ke Jeti Batu Musang di Batu Kawan dengan bot nelayan yang ada di lokasi. Kemudian mangsa dibawa pulak ke Hospital Sungai Bakap (HSB) untuk rawatan lanjut. Menurut FMT, tertekan dengan masalah keluarga menyebabkan mangsa nekad terjun dari jambatan tersebut. 

Bagi mereka yang alami tekanan dan perlukan pendengar yang baik mengenai masalah yang dihadapi, korang boleh je hubungi Befrienders Lembah Klang di talian 03-79568145 atau Befrienders cawangan Pulau Pinang (04-281 5161/281 1108). 

Harap mangsa cepat pulih daripada tekanan yang dihadapinya.

Baca: Abang Bomba Tenang Pujuk Lelaki Putus Cinta, Gagalkan Misi Bunuh Diri 

Bunuh 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.