Philip Morris (Malaysia) Sdn Bhd (PMM) telah diiktiraf sebagai Majikan Terbaik di Malaysia untuk tahun ketiga berturut-turut dan difahamkan pensijilan tersebut adalah pengiktirafan terhadap kecemerlangan Philip Morris International (PMI) dalam amalan orang ramai selain menubuhkan syarikat dalam kalangan barisan majikan pilihan yang memberi tumpuan bagi memenuhi kepelbagaian tenaga kerja global.
Pengkitirafan sebagai Majikan Terbaik Malaysia ini merupakan pencapaian tahun ketiga berturut-turut oleh syarikat berkenaan dan ianya disebabkan sokongan kukuh terhadap persekitaran kerja yang berkualiti tinggi di PMM.
Menurut Pengarah Urusan PMM, Naeem Shahab Khan, syarikat berkenaan terus berusaha untuk kecemerlangan selain memastikan PMI sebagai tempat kerja yang bagus serta mencabar diri dalam menyediakan persekitaran kerja dan pengalaman unik kepada kakitangannya.
Untuk pengetahuan, Pensijilan Majikan Terbaik adalah anugerah atau pengiktirafan yang diberikan hasil penilaian bebas oleh Top Employers Institute yang mengiktiraf syarikat induk PMM iaitu PMI sebagai Majikan Terbaik Global untuk tahun keenam berturut-turut.
Dalam masa yang sama, difahamkan Ahli gabungan PMI juga diiktiraf sebagai majikan terkemuka di 44 negara di seluruh Eropah, Timur Tengah, Afrika dan Asia Pasifik.
Selain itu, syarikat berkenaan terus komited bagi mencipta masa depan bebas asap rokok dengan sentiasa berinovasi dan secara berterusan membangunkan rangkaian produk bebas asap rokok untuk perokok dewasa.
Bercerita tentang proses pensijilan, difahamkan PMI perlu menunjukkan mereka cemerlang dalam enam dimensi yang ditetapkan oleh juruaudit sumber manusia (HR) selain menjawab 400 soalan berserta bukti.
Syarikat induk PMM, PMI juga adalah salah satu daripada 11 organisasi antarabangsa dianugerahkan pensijilan Majikan Terbaik Global tahun ini. PMI menggaji lebih 73,500 orang di seluruh dunia.