in

PM Nak Usulkan BM Jadi Bahasa Kedua ASEAN Tapi Netizen Indonesia Tak Setuju Sebab…

usul bm sebagai bahasa kedua asean

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa hari lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri mengumumkan beliau bakal mengadakan perbincangan dengan pemimpin ASEAN untuk mencadangkan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua ASEAN dalam memartabatkan bahasa ibunda itu ke peringkat antarabangsa.

Menurut Sinar Harian, selain Malaysia, negara jiran seperti Indonesia, Brunei, Singapura, Selatan Thailand, Selatan Filipina dan di sebahagian Kemboja juga menggunakan bahasa ini sebagai bahasa pengantar.


FW1073805 KL08 18082020 PC lpr

 

“Dear Malaysia, Indonesian is not Malay” 

Cadangan itu walau bagaimanapun telah menjadi perbualan hangat di Twitter serta menarik perhatian netizen Indonesia untuk memberikan komen berkaitan hal tersebut.

Menurut satu posting dari Nuice Media di Twitter, kedua-dua bahasa itu sangat berbeza dan mereka tidak boleh menerima cadangan Ismail untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua ASEAN melainkan ia ditukar menjadi Bahasa Indonesia.

Tambahnya lagi, Indonesia juga pernah mengusulkan supaya bahasa mereka dijadikan bahasa kedua ASEAN pada tahun 2010 lalu.

Posting ini juga telah menerima pelbagai komen daripada netizen negara jiran berkenaan yang mengakui mungkin pada ‘akarnya’ kedua-dua bahasa ini nampak serupa namun ia sangat berbeza.

Namun begitu, ada juga di kalangan netizen Malaysia mengatakan bahasa Indonesia tersebut merupakan ‘varian’ daripada bahasa Melayu cuma berbeza ‘standard’ sahaja.

gaduh bahasa

 

“Tapi di pemerintahan, pendidikan dan anak-anak mudanya pake bahasa inggeris” 

Dalam pada itu, ada juga di kalangan netizen mengatakan yang rakyat Malaysia sendiri tidak menggunakan Bahasa Melayu di dalam kehidupan seharian, jadi mengapa mahu jadikan bahasa itu sebagai bahasa kedua ASEAN?

bi

Apa pendapat korang mengenai isu ni? Setuju tak BM dijadikan bahasa kedua ASEAN? 

Baca: Bahasa Melayu Antara Bahasa Komunikasi Paling Banyak Digunakan Di Mekah & Madinah

madinah

Sumber: MalayMail
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.