PM Najib Nasihat Pelajar Sokong UMNO dan Elak Tsunami Melayu Sebagai Tanda Balas Jasa MARA

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Grab popcorn dan jom baca drama pilihan raya yang ni pulak! 

Semalam, Perdana Menteri yang kita sayangi, Datuk Seri Najib Tun Razak telah membuat pertemuan dengan pelajar Majlis Amanah Rakyat (MARA) dalam majlis “Saya Anak Mara” di Malaysian Institute of Aviation Technology (MIAT) UniKL, Subang. Dalam sesi pertemuan tu, PM Najib ada beri nasihat penting kepada pelajar MARA di luar sana, lapor The Star.

Sumber: MMO

Menurut PM Najib, pelajar MARA telah dinasihatkan untuk menyokong parti UMNO dan mengelakkan dari berlakunya tsunami Melayu pada PRU14 ni kerana kebajikan mereka sebelum itu telah dijaga oleh pertubuhan tersebut dengan baik.

UMNO satu-satunya parti politik lindungi Melayu

Malah Presiden UMNO tu jugak menegaskan bahawa orang Melayu akan sentiasa meletakkan kepercayaan mereka kepada parti ini kerana UMNO lah satu-satunya parti politik yang boleh melindungi masa depan mereka. Oookayyy…

Ia sangat penting bahawa tiada tsunami Melayu akan berlaku pada PRU14 ni,” tegas PM Najib.

Malah tambah PM Najib, masa depan orang Melayu dan bumiputera telah banyak berubah dengan peranan yang telah MARA ambil. Oleh itu, pelajar MARA diharap untuk terus sokong UMNO dan jangan dengar cakap-cakap orang yang selalu mencari salah kerajaan.

Jasa MARA hingga ke anak cucu graduan 

Tidak cukup dengan itu, PM Najib juga memberitahu, apa yang MARA lakukan sekarang bukan saja berguna untuk graduan MARA tetapi juga untuk anak cucu mereka nanti. Terima kasih MARA!

“Selagi UMNO berkuasa, MARA akan terus wujud. Ini adalah kerana perjuangan untuk MARA ni adalah perjuangan ayah saya dan saya akan teruskan usahanya dahulu,” kata Najib.

Sumber: BH

Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang merupakan idea Perdana Menteri Kedua Malaysia, Tun Abdul Razak Hussein ini telah ditubuhkan pada 1966 untuk meningkatkan penglibatan golongan bumiputera dalam bidang perniagaan dan industri. Dalam pada masa yang sama, penubuhan MARA ni jugak bertujuan untuk mengangkat status sosio-ekonomi orang Melayu dan bumiputera selaras dengan polisi Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Korang pelajar MARA? Kongsikan pendapat korang dengan kami tentang nasihat PM Najib yang terbaru ni. Ingat, jangan lupa dengan mereka yang dah banyak berjasa kepada kita untuk masa depan yang lebih baik 😉 

Baca: Pendedahan Berani! Tun Mahathir Bongkar 13 ‘Taktik Kotor’ PM Najib Tipu dan Cuba Menang PRU14

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!