in

PM Bakal Menghadap Agong, Akan Bincang Tarikh Pembubaran Parlimen ‘Kalau Sempat’

Collage 13

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri sebentar tadi mengesahkan bahawa beliau akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah di Istana Negara pada jam 4 petang nanti.


Menurutnya agenda pertemuannya bersama Agong ini adalah bagi membincangkan mengenai perkara-perkara kabinet dan menegaskan bahawa tarikh pembubaran Parlimen hanya akan dibincangkan hari ini jika sempat.

“Kita tengok, kalau bincang sampai Maghrib, tidak sempatlah nak bincang hal lain.”

Sejak akhir-akhir ini, banyak khabar angin mengatakan bahawa Ismail Sabri akan menasihati Agong untuk membubarkan Parlimen bagi memberi jalan kepada Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15).

Namun sebentar tadi, Menteri Pendidikan Radzi Jidin mengesahkan bahawa 12 menteri kabinet Ismail Sabri dari Perikatan Nasional telah pun menandatangani surat kepada Agong menyatakan bantahan mereka untuk mengadakan PRU15 tahun ini.

Ahli parlimen pembangkang juga turut menentang keputusan bagi menjalankan PRU15 tahun ini dengan memberi sebab kemungkinan banjir musim tengkujuh yang dijangka melanda dari pertengahan November sehingga Mac 2023, lapor FMT.

Sebelum ini Ismail Sabri mengatakan tiada parti politik yang boleh mempengaruhinya untuk membubarkan parlimen atau mencadangkan tarikh sesuai kepada Agong.

 

Baca: Desas-desus Parlimen Bubar Dalam Masa Terdekat, Pegawai Menteri Didakwa Mula Kosongkan Pejabat?

Parlimen Bakal Bubar Pejabat Kosong

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.