in ,

“Plot twist habis” – [VIDEO] Watak Pelakon Sinetron Ni OKU Kudung, Tapi Tiba-Tiba Ada Tangan Pulak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rasanya ramai juga yang gemar menonton sinetron dari negara jiran, Indonesia. Walaupun kadang-kadang geram sebab asyik zoom in zoom out muka pelakon, tapi tetap terhibur. Dulu-dulu ramai suka tengok sinetron Bawang Merah Bawang Putih. 


Namun, kali ini admin nak kongsikan tentang sinetron yang kini viral di negara seberang disebabkan watak pelakon sinetron yang memegang karakter lelaki OKU yang tiada tangan.

Korang boleh tengok video yang tular di Twitter ni. Video ini telah dikongsikan oleh @MuhadklyAcho.

Dalam sinetron terbabit, watak yang telah dilakonkan oleh Sidik Eduard itu sedang marah-marah sebab kesal dengan keadaan dirinya yang tiada tangan. Dia kemudiannya rasa kecewa sangat sampai rasa nak bunuh diri.

Kesian betul tengok dia, nak makan pun kena guna kaki.

Namun, yang kelakarnya, bila dia bergelut dengan orang yang cuba menyelamatkannya daripada mengambil nyawa sendiri, tiba-tiba nampak pula tangan dia dalam baju.

Adoi, kot ye pun, edit lah dulu betul-betul. Nak sedih pun tak jadi sebab dah jadi lawak pulak.

Rata-rata netizen Indonesia terhibur dengan babak tersebut sebab tak sangka cerita sedih dah bertukar jadi kelakar.

Namun, ada juga penonton yang kekal menonton sehingga penghujung cerita sebab nak tahu apa kesudahan watak terbabit. Sinetron tersebut telah ditayangkan di saluran Indosiar.

Ingatkan Malaysia je ada drama-drama pelik. 

Baca: “Dia punya zoom in zoom out je dah 2 episod” – Adaptasi Sinetron Indonesia, Puteri Yang Ditukar Dikecam Netizen?

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.