Zaman sekarang, macam-macam cara nak jadi cantik lagi-lagi kaum perempuan. Mungkin ada yang buat dengan cara yang betul dan ada juga guna cara yang cepat contohnya pakai produk kosmetik yang ada bahan terlarang, buat pembedahan plastik dan macam-macam lagi untuk dapat rupa paras yang cantik.
Jaga-jaga, kalau tersilap cara boleh mendatangkan kemudaratan untuk diri sendiri.
Menurut perkongsian salah satu pengguna di Twitter, ada individu yang cuba untuk mencantikkan diri dengan menggunakan perkhidmatan ‘doktor tak bertauliah’. Jika dilihat daripada gambar yang dikongsikan, kelihatan beberapa jarum masuk di bahagian hidung dan bawah dagu. Katanya, buat nose filler.
Mungkin ni cara nak bagi hidung mancung supaya nampak cantik.
“Macam mana la perempuan boleh percaya nak buat semua ni dekat ‘doktor yang tak bertauliah’ macam ni? Tak takut ke?”
Dalam pada itu, ramai juga warganet memberi respon dengan segelintir individu yang cuba untuk buat surgery untuk mencantikkan muka tapi guna cara yang salah.
Just be yourself okey
Dia nak perhatian
Serious seram weh
Tak salah kalau nak buat bagi yang berkeinginan, cuma kena lah dapatkan daripada perkhidmatan yang betul.
Rasa ngilu pulak bila tengok dia cucuk kat hidung tu