in

PKPD Di Pasar Besar Jalan Othman Tamat Pada 21 Mei Ini

689575 1
A situation at Pasar Besar Jalan Othman, Petaling Jaya after this market closed during Movement Control Order during Covid-19 situation. FAIHAN GHANI/The Star.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Pasar Besar Jalan Othman akan ditamatkan pada hari Khamis 21 Mei 2020.


Lapor The Star, Ketua Polis Daerah Nik Ezanee Mohd Faisal mengesahkan ia akan tamat bermula jam 21.01 am pada tarikh tersebut.

 

Saya ingin mengucapkan terima kasih secara kepada masyarakat kerana bersabar sepanjang tempoh ini,”

Sebelum ini, seramai 4 peniaga dan pekerja Pasar Besar Jalan Othman di Petaling Jaya, didapati positif Covid-19.

Menerusi Harian Metro, Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah Petaling, Johary Anuar berkata, pihaknya menerima makluman dari makmal Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung perkara berkenaan itu pada hujung April lepas.

689575

Semua peniaga di Pasar Besar Jalan Othman akan disaring termasuk orang awam yang ada mengunjungi pasar berkenaan pada 5 April hingga 18 April lalu.

Pasar itu telah ditutup sehingga semua saringan selesai dijalankan kerana ia membabitkan 1,500 orang peniaga dan pekerja.

Terdahulu, sebanyak empat pasar awam ditutup setakat ini berhubung kait dengan kluster kes di Pasar Borong Kuala Lumpur.

Pasar yang ditutup adalah Pasar Taman Megah, Jalan Othman, Chow Kit dan Pasar di Bahau.

 

Baca : TERKINI : Pasar Di Jalan Othman Ditutup Lepas Peniaga Ikan Disahkan Positif Covid-19

Pasar

Sumber: The Star

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.