Pengumuman berkenaan pelaksaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh negeri Selangor, Sabah, Kuala Lumpur dan Putrajaya semalam telah mengejutkan ramai pihak.
Tidak ketinggalan pakar perubatan juga memberi respon terhadap isu ini.
Dr Musa Mohd Nordin sekali lagi tampil menyuarakan bantahan terhadap penguatkuasaan PKPB ini dan menyifatkan sebagai ‘pembunuh’ kepada ekonomi negara dan mental rakyat.
Kebimbangan ini telah dinyatakan melalui satu tweet respon kepada laporan media dari Dekan Fakulti Perubatan Universiti Malaya, Profesor Dr Adeeba Kamarulzaman.
COVID-19 + MCOs disproportionately burdens low rank/paid workers aka #MakcikKiah selling goreng pisang at PPR flats
Causes big holes in their pockets and brains-anxiety/depression/suicides
M’sia MUST use all tools available NOT JUST MCOs! WHO dah kata-kan? https://t.co/DMxmaNfhs3— Dr Musa Nordin (@drmusanordin) October 13, 2020
“Tepat sekali @ProfAdeeba. Bukankah mereka menggalakkan 3C? Jarak (lebih daripada) 2 meter + bercakap (tidak lebih daripada) 15 minit) + berpelitup muka – itu bukanlah risiko Covid yang tinggi!
“PKPB adalah keterlaluan (overkill). Ia membunuh mata pencarian, bunuh ekonomi, menjejaskan kesihatan mental, merebakkan ketakutan. Kenapa hukum Mak Cik Kiah yang hanya mahu mencari rezeki?”
PKP beri kesan kepada golongan berpendapatan rendah
Dr Musa juga menegaskan dalam tweet seterusnya beranggapan bahawa PKP adalah sangat membebankan kepada golongan berpendapatan rendah.
“Covid-19 dan PKP membebankan golongan berpendapatan dan berpangkat rendah secara tidak seimbang, aka Makcik Kiah yang menjual pisang goreng di flat PPR.”
“Ia sangat menjejaskan pendapatan mereka dan (menyebabkan) kegelisahan otak/kemurungan/bunuh diri.”
Untuk rekod, Konsep 3C adalah tiga situasi yang boleh dielakkan oleh masyarakat bagi menghindari dari jangkitan Covid-19 Konsep ini telah disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan antara situasi tersebut adalah;
- Tempat sesak (crowded places),
- Keadaan yang menyebabkan berlakunya kontak rapat (close-contact settings)
- Kawasan terkurung dan tertutup dengan pengudaraan yang tidak baik (confined and enclosed spaces).
Untuk korang yang duduk dekat Kl, Selangor, Putrajaya dan Sabah harap dapat terus bertahan. Kalau perlukan bantuan, jangan malu untuk minta tolong orang sekeliling. Kita jaga kita.