in

“Pintu taubat sentiasa terbuka” – Anak Dilabel ‘Penyondol’, Ini Respon Norman Hakim

Norman Hakim Anak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak minggu lepas, kontroversi berkenaan anak kepada pelakon terkenal Abby Abadi dan Norman Hakim, Marissa Dania menjadi bualan ramai.


Anak pelakon drama bersiri Gerak Khas itu dikatakan menjadi orang ketiga dalam hubungan sepasang suami isteri yang menyebabkan perceraian pasangan tersebut.

Isu ini bermula apabila seorang wanita mula membuka cerita di laman media sosial X menceritakan apa yang telah dilakukan oleh Marissa serta bekas suaminya di belakangnya.

Artikel berkaitan: Ada Bukti Resit ‘Check In’ Hotel, Anak Pelakon Terkenal Kantoi Jadi Penyondol?

Artikel berkaitan: “Memang sedap bersangka-sangka” – Kecoh Isu Anak Jadi Penyondol, Abby Abadi Buka Mulut?

Terpalit dengan kontroversi, Norman Hakim akhirnya membuka mulut berkenaan isu tersebut. Menerusi laman Instagram miliknya Norman hanya menganggap kesemua perkara ini ujian buatnya serta keluarga.

“Terima kasih jugak kepada yang concern atas ‘ujian’ buat keluarga saya baru-baru ini. In shaa Allah ‘gerak hati’ dariNya untuk kami selesaikan secara tertutup. Kami ambil iktibar atas khilaf yg berlaku.

Mohon doakan yang baik-baik. 75,000 leads aka followers baru yg hadir 2,3 hari ni saya anggap kalian semua sebagai sahabat ukhwah & silaturrahim yang harus saya sambut sebagai tetamu dengan penuh berhemah.

Saya happy baca comments semua. Comments yang mungkin berbaur emosi & kebencian, saya anggap itu semua sebagai teguran baik dari kalian untuk saya & keluarga perbaiki kelemahan & khilaf kami,” tulisnya.

Dalam posting yang sama, Norman turut meminta maaf kepada semua dan mengingatkan bahawa pintu taubat itu sentiasa terbuka, pelakon filem Pasrah itu turut berkata segala kekurangan itu datang dari keluarganya dan yang baik itu semuanya dari Allah SWT.

Semoga keluarga Norman tabah dalam menghadapi ujian ini…

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.