in

Ada Bukti Resit ‘Check In’ Hotel, Anak Pelakon Terkenal Kantoi Jadi Penyondol?

Anak Selebriti Penyondol 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hidup berumah tangga bukanlah sesuatu yang mudah dan terdapat banyak pancaroba, lebih-lebih lagi jika ia melibatkan ujian berkenaan orang ketiga.

Terbaru, anak perempuan kepada pelakon terkenal tempatan dikatakan menjadi punca keretakan rumah tangga sepasang suami isteri.


Pendedahan itu dibuat oleh seorang pengguna X yang menceritakan dia dan suaminya bercerai disebabkan anak gadis dua selebriti itu.

Isu tersebut amat mengejutkan kerana perwatakan anak pelakon itu dilihat sopan serta mempunyai latar belakang pendidikan yang lebih Islamik.

Artikel berkaitan: “Beg pakaian bercampur baju suami dan perempuan lain” – Ibu Shila Amzah Buka Mulut Isu ‘Penyondol’

Artikel berkaitan: “Kalau dah curang, curang je lah, tak perlu nak normalizekan poligami buat content murahan” –  Nabila Huda

Cats 14

” **** yang dipuji2 indah paras rupa cantik , sopan santun . Keluarga yang harmoni tapi sebaliknya? Kau lah asbab keruntuhan rumah tangga, kau juga asbab hilangnya kasih sayang yang anak perlukan dari ayahnya,” tulisnya.

Dalam thread itu wanita tersebut mendedahkan semasa lelaki itu masih bergelar suaminya, pernah terkantoi dari mesej emel yang memaparkan beberapa resit booking penginapan bermalam.

Difahamkan, anak pelakon itu pernah meminta maaf kepada wanita berkenaan namun dalam mesej itu dia seakan melanggar perjanjian itu dan ia menyebabkan perpisahan dia dan suaminya.

“Betul lah, once a cheater always a cheater. Perempuan tolong bangun. Jangan lemah. Aku belajar dari kesilapan dulu memaafkan dan sentiasa memaafkan orang yang tak menghargai. Untuk penyondol memang takkan rasa bersalah,” tulisnya lagi.

Di akhir thread berkenaan, wanita tersebut mengingatkan wanita di luar sana untuk tidak menjadi lemah dan sentiasa lawan untuk perkara yang benar.

Fuh, panas ni!

Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.