in

“Pinjam ceti haram dan sorok bas” – Pengusaha Bas Terpaksa Tipu Positif Covid-19 Untuk Tangguh Bayaran Hutang

Bas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Umumnya, PKPB telah membataskan kita daripada merentas negeri dan sekaligus ia telah memberi satu impak besar kepada 1,200 pengusaha bas sekarang.


Difahamkan, mereka kini bukan sahaja berdepan dengan gulung tikar, hidup mereka juga tertekan kerana menanggung hutang keseluruhan berjumlah RM3 bilion. Menurut Harian Metro.

 

Setiap hari kami terpaksa menipu syarikat kredit, beri macam-macam alasan termasuk dijangkiti Covid-19 dan mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Buloh.”

Presiden Pertubuhan Gemilang Agensi Pelancongan dan Pengusaha Bas Malaysia, Abdul Aziz Ismail Ghani berkata, mereka kini mereka sudah tidak mempunyai pendapatan selepas tidak dibenarkan beroperasi akibat penularan pandemik itu.

Mereka kerap dihubungi syarikat kredit untuk membayar bayaran bulanan, disebabkan tiada pendapatan, Abdul Aziz adakalanya terpaksa menipu yang dirinya dijangkiti positif Covid-19.

“Tetapi itu hanya bertahan beberapa hari, selepas itu kami dihubungi lagi dan dipaksa membuat bayaran bulanan. Macam mana kami nak bayar, sedangkan kami tiada pendapatan”

 

Terpaksa sorok bas

Katanya lagi, ramai pengusaha menyembunyikan bas mereka bagi mengelak ditarik kerana bimbang ada yang sampai membayangkan nak bakar kenderaan itu.

Ini kerana setiap pengusaha bas tanggung hutang dari RM 50,000 hingaa RM 100,000 sejak Covid-19 melanda.

“Kami tidak tahu ke mana lagi hendak mengadu. Setakat ini, ramai juga yang sudah jatuh sakit dan ada yang meninggal dunia kerana tertekan dan tidak tahan menanggung tekanan hutang. Sebelum ini, kami merayu supaya syarikat kredit juga memberikan kelonggaran dari segi penangguhan bayaran tetapi setakat ini hampa.”

Abdul Aziz semalam telah mengadakan perjumpaan bersama Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan dengan harap agar ada mekanisme bagi membolehkan pengusaha bas dapat tangguhkan bayaran mereka.

“Kami tidak mahu mati dalam keadaan memikirkan hutang. Apa yang kami harapkan, ada mekanisme bagi membolehkan kami menjadualkan semula bayaran atau menangguhkan bayaran sehingga dapat beroperasi semula,”

Tambah Abdul Aziz, ketika ini 6,800 buah bas yang tersadai kerana tidak dapat bergerak seperti biasa dan jumlah tanggungan itu tidak termasuk kos penyelenggaraan.

 

Ada yang tunggu masa ‘dikejar’ ceti haram

Lebih menyedihkan lagi, ramai pengusaha kini menunggu masa untuk dikejar ceti haram kerana membuat pinjaman akibat keadaan yang terlalu mendesak.

“Dengan jumlah hutang yang besar, kami tidak lagi mampu menanggung beban ini. Saya bagi pihak industri, merayu kerajaan melakukan sesuatu.” 

Sementara itu, Nadzim berkata, PPIM menggesa kerajaan tampil dengan kaedah tertentu bagi membantu pengusaha bas di seluruh negara.

“Saya mendengar keluhan mereka, ada yang tidak tahan sampai nak bakar bas sendiri. Itu belum lagi kita cakap soal pinjam ceti haram dan sorok bas. Sebelum ini, kita dengar orang sorok kereta, sekarang bas. Mungkin treler pula selepas ini. Kerajaan perlu bantu segera.”

Katanya, ia kerana pengusaha bas bukan saja berdepan saat paling kritikal, ia mendorong sebahagian daripada mereka mengambil tindakan di luar kawalan.

 

Baca : “Memang patut pun” – Sudahlah Tak Pakai Mask Lepas Tu Meludah Pula Dekat Orang, Wanita Biadap Kena Tolak Keluar Bas

Bas2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.