in

Pihak Polis Minta Bantuan Orang Ramai Kesan Albertine Leo Jia Hui

Albertine Leo Jia Hui

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pihak polis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang kanak-kanak bernama Albertine Leo Jia Hui berusia enam tahun yang dipercayai hilang ketika bermain di sebuah pusat perniagaan di Iskandar Puteri, Sabtu lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP M Kumarasan, kehilangan kanak-kanak tersebut disedari oleh bapanya kira-kira pada pukul 8.30 malam.


Tambahnya, pihak polis kini sedang giat melakukan pencarian dan melakukan hebahan mengenai kehilangan kanak-kanak itu.

Artikel berkaitan: Hilang Sejak Seminggu Lalu, Pemandu E-Hailing Ditemui Selamat Di Klang

Artikel berkaitan: 429 Individu Hilang Di M’sia, Ini Antara 5 Orang Yang Masih Gagal Ditemui

Albertine Leo Jia Hui
Hebahan mengenai kehilangan albertine leo jia hui yang tular di media sosial.

Difahamkan, lokasi terakhir Albertine Leo Jia Hui dilihat adalah di Eko Galleria 3, Jalan Eko Botani 3/2, Taman Botani.

“Mangsa berketinggian 120 sentimeter bertubuh kurus sederhana dan berambut panjang berwarna hitam.

“Ketika hilang mangsa dilaporkan memakai baju berwarna putih bergambar ‘mickey mouse’ serta berseluar pendek,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Dalam pada itu, Kumarasan turut meminta orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi di media sosial terutamanya tentang keberadaan kanak-kanak tersebut yang dikatakan kini berada di utara tanah air.

Orang ramai yang menjumpai atau mempunyai maklumat mengenai kedudukan kanak-kanak terbabit boleh menghubungi balai polis berdekatan atau Pegawai Penyiasat, Isnpektor Ridzuan Abd Hadi talian 017-7051097 atau talian hotline IPD Iskandar Puteri 019-2792095 atau bilik gerakan 07-2212999.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.