Sebelum ini ramai tertanya-tanya siapakah jejaka yang dapat menambat hati pelakon jelita, Mira Filzah sebelum nama seorang jejaka Wan Emir Astar disebut-sebut sebagai teman lelaki pelakon tersebut.
Namun terbaharu menurut sumber dikatakan Mira Filzah dan pasangannya itu akan melangsungkan perkahwinan pada Oktober ini, lapor Astro Awani.
Insya-Allah jika tiada aral melintang Mira dan Wan Emir akan berkahwin pada Oktober ini,”
Dikatakan juga yang hari bahagia Mira dan Emir akan dilangsungkan di ibu negara, bagaimanapun tiada sebarang kenyataan mengenai hubungan mereka daripada kedua-dua pihak.
Untuk pengetahuan korang, Mira dan pasangannya itu dikatakan sudah lama mengenali antara satu sama lain (belajar di sekolah yang sama) namun hubungan mereka terhenti kerana Emir melanjutkan pengajian di luar negara.
Wan Emir,30 tahun yang merupakan seorang arkitek dikhabarkan dah pun hantar rombongan merisik Mira atau nama penuhnya Nur Amirah Filzah Badioezaman.
Untuk pengetahuan korang ibu Emir iaitu Datin Mastura Mohd Yazid merupakan Ahli Parlimen Kuala Kangsar, dan baru saja dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) dalam Kabinet Malaysia 2020
Tahniah Mira dan Emir!
Baca : Melepaslah nampaknya Anak YB Seorang Arkitek, Lelaki Ini Didakwa Teman Lelaki Mira Filzah?