in

PIBG MCKK Kesal Isu Buli Ditularkan Ke Media Sosial, Pelajar Diherdik Serta Dicop ‘Pembuli’

Pibg Mckk Bersuara Isu Viral 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sekitar minggu lepas, tular satu isu hangat yang membabitkan kes buli yang dikatakan berlaku di sebuah sekolah yang berprestij di Malaysia hingga melibatkan kes polis.

Menurut perkongsian di X, individu yang dikenali sebagai Yong Zanariah mendakwa pengurusan sekolah tersebut telah gagal menangani kes buli berkenaan dengan baik, termasuklah menjatuhkan hukuman setimpal buat semua pelajar terlibat.


Kes yang dikatakan melibatkan pelajar Tingkatan 4 itu telah menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah, namun semua pelaku hanya dikenakan hukuman ringan seperti membayar pampasan kepada mangsa.

Artikel berkaitan: Dibuli Sampai Pekak, 5 Bekas Pelajar Diarah Bayar Ganti Rugi Lebih RM600,000

Artikel berkaitan: “Iron untuk gosok baju” – [VIDEO] Bapa Terkilan ‘Ultras’ UKM Menganjing UPNM Sampai Kait Arwah Zulfarhan

Tambah Yong lagi, perkara ini dianggap tidak adil kerana pembuli itu juga katanya datang daripada keluarga berpengaruh dan ada yang berjawatan tinggi di sekolah tersebut.

Kes ini kemudian telah mendapat perhatian polis dan mereka mendedahkan sekumpulan pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) sedang disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera pada mangsa.

PIBG MCKK tidak puas hati isu tular di media sosial? 

Isu ini nampaknya tidak terhenti di situ sahaja apabila Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) telah mengeluarkan kenyataan dengan menyelar tindakan ahli keluarga pelajar mangsa buli yang menularkan kejadian itu kerana dianggap memberi imej buruk kepada sekolah.

Menerusi perkongsian di Facebook, pihak PIBG berkenaan berkata mereka telah mengambil maklum akan kes disiplin tersebut setelah ia disiasat dan diambil tindakan oleh pihak sekolah.

Namun pihak mereka mengambil pendirian bahawa keputusan pihak sekolah perlu dihormati demi kebaikan semua pihak kerana tatacara dan prosedur dipatuhi dalam mengambil keputusan tanpa sebarang campur tangan mana-mana pihak.

Lebih memburukkan keadaan, pihak PIBG mendakwa impak daripada perkongsian itu, murid sekolah mereka juga telah diherdik dan dihalau daripada premis makanan selain dicop sebagai pembuli.

PIBG MCKK juga telah menerima laporan mengenai murid-murid MCKK yang diherdik dan dihalau dari premis makanan di sekitar Kuala Kangsar dan dicop sebagai pembuli.

“PIBG MCKK memandang serius perkara ini dan memikirkan risiko kemungkinan diserang dan diganggu oleh pihak luar yang cuba mengambil kesempatan daripada isu ini,” katanya.

Mckk

Susulan itu, PIBG mencadangkan agar pelajar MCKK tidak dibenarkan keluar bersendirian ke pekan Kuala Kangsar bagi satu tempoh yang sesuai hingga kes diselesaikan.

Pihak MCKK juga katanya akan membantu membuat laporan polis sekiranya berlaku gangguan terhadap pelajar dan akan memantau gangguan emosi yang mungkin berlaku dalam kalangan murid.

PIBG MCKK kesal dengan tindakan keluarga murid tersebut yang tidak bertimbang rasa dan mementingkan diri sendiri sehingga menularkan kes ini,” tulis kenyataan itu.

Sebaiknya dalam isu ini kita tunggu siasatan lanjut daripada pihak polis. 

Sumber: Sinar Harian, Facebook MCKK, X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.