in

“Phone dah kena ambil” – Zarina Anjoulie Disiasat MCMC Isu Panas Dengan Hot Daddy

zarina anjoulie disiasat mcmc

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelakon Zarina Anjoulie dilihat berada di pejabat Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (MCMC) bersama peguamnya menerusi perkongsian baharu di laman Instagramnya.

Difahamkan, Zarina atau lebih mesra dipanggil Anju hadir ke sana untuk memberikan keterangan mengenai isu melibatkan dirinya dengan seorang lelaki yang dikenali sebagai Hot Daddy ketika berada di Bali, Indonesia.


“Terima kasih sangat-sangat pada pihak MCMC sudi bantu buat siasatan dengan sangat-sangat telus dan tertib, sangat baik mereka layan saya.

“Terima kasih sangat-sangat pada lawyer saya, Dato Azar dan Encik Nick,” kongsi Zarina.

Artikel berkaitan: “Asal nak beli ke?” – Tular Muat Naik Video Dengan Hot Daddy, Ini Respon Zarina Anjoulie

Artikel berkaitan: “Anju kat Malaysia korang kutuk juga” – Hot Daddy Tempelak Netizen Yang Kecam Zarina Anjoulie

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zarina Anjoulie (@anjoulielavocah1)

Menerusi beberapa hantaran di Instagram Story, Zarina menyatakan telefon pintarnya telah diambil pihak MCMC untuk siasatan lanjut dan buat masa ini dia menggunakan telefon secondhand untuk menjelaskan situasinya.

Dalam pada itu, Zarina mengakui dan menganggap insiden ini sebagai satu pengajaran besar buat dirinya.

“Tak apa, ini pengajaran untuk saya. Terima kasih kepada netizen yang sudi menegur dan menasihati, ia peringatan yang baik supaya saya tidak mengulangi kesilapan yang sama.”

Screenshot 2025 08 28 125529

Zarina juga memohon doa daripada orang ramai agar urusannya dipermudahkan dan memohon supaya netizen tidak melibatkan anaknya dalam sebarang kecaman.

Sekadar info, Hot Daddy pernah dituduh pada tahun lalu atas kesalahan mengiklankan perkhidmatan persundalan di platform media sosial X dan menjual rakaman video tidak bermoral.

Bagaimanapun, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur telah melepas tanpa membebaskan (DNAA) Hot Daddy dan dua rakannya berhubung kes tersebut.

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.