in

“Petty betul” – Lelaki Ini Terima Gaji Terakhir Dalam Bentuk 91,500 Syiling, Siap Bersalut Minyak Motor

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang lelaki menerima satu kejutan besar selepas dia menerima bayaran gaji terakhirnya dalam bentuk ribuan syiling berminyak.


Andreas Flaten, 26, dilaporkan telah berhenti bekerja di sebuah kedai membaiki kenderaan. Namun begitu, dia lewat menerima gaji terakhir lalu lelaki itu telah menelefon Department of Labour untuk memberitahu mengenai hal berkenaan.

Memetik laporan Mirror, Andreas yang tinggal bersama teman wanitanya di Georgia, USA telah menemui timbunan duit syiling berkenaan di jalan masuk rumah mereka. Kesemua syiling berkenaan dilaporkan diselaputi minyak motor dan pasangan terbabit terpaksa menggunakan wheelbarrow untuk membawa wang terbabit ke kediaman mereka.

Kata teman wanita Andreas, duit syiling itu berjumlah $915 (RM3,794.05) dan seberat kira-kira 227 kilogram.

Selain menerima duit syiling yang diselaputi minyak, pasangan itu turut menemui sekeping nota tulisan tangan yang menulis perkataan ‘f**k you’.

Tidak cukup dengan itu, teman wanita Andreas juga berkata jumlah syiling terbabit tidak cukup.

“Jumlah itu memang gaji dia (Andreas) tapi dia turut dibayar komisen pada penghujung setiap bulan. Jadi, mereka masih lagi berhutang dengan Andreas,” katanya.

Tambah wanita berusia 27 tahun itu lagi, teman lelakinya telah cuba pelbagai cara untuk membuang minyak itu daripada duit syiling termasuklah merendam mereka dalam tab mandi. Namun, cara itu tidak berkesan dan Andreas terpaksa mengelap kesemua syiling berkenaan sebelum mereka boleh menggunakan mereka.

Sementara itu, bekas majikan Andreas pula berkata dia tidak ingat ada meninggalkan timbunan duit syiling itu di rumah lelaki terbabit.

“Saya tak ingat. Tapi, itu tak penting asalkan dia sudah dibayar,” katanya.

Sumber: Mirror

Baca: Tanya Pasal Bonus Krismas & Tuntut Gaji Tak Berbayar, Pekerja Kedai Pizza Dibunuh Majikan Sendiri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.