in

Pet Expo Malaysia 2024 Bakal Kembali Mei Ini, Ada Penampilan Istimewa Garfield!

Ft Pet Expo 2024

Expo haiwan kesayangan terbesar di Malaysia, Pet Expo Malaysia bakal kembali lagi tahun ini dan apa yang pasti ia menjanjikan acara yang lebih meriah, tawaran lebih menarik serta penuh dengan acara yang menyeronokkan.

Tahun ini, Pet Expo Malaysia akan membawakan lebih 500 jenama premium dan lebih daripada 250 booth yang pastinya memberikan lebih penjimatan serta kepuasan buat para pengunjung dengan pelbagai aktiviti, pameran, seminar dan banyak lagi.

Shopping 151

Apa yang pasti, expo ini akan mempamerkan pelbagai haiwan kesayangan bukan sahaja anjing dan kucing, tetapi akan ada juga burung, reptilia serta haiwan-haiwan kecil.

Selain itu, pengunjung pastinya akan mempunyai banyak pilihan produk untuk haiwan kesayangan masing-masing seperti makanan, aksesori, alatan grooming dan permainan.

Bagi pengunjung yang ingin membawa anak-anak, jangan ketinggalan untuk membawa mereka menyaksikan mini zoo yang akan mempamerkan haiwan-haiwan yang comel dan jinak seperti kuda mini, arnab, burung dan penampilan istimewa Alpaca.

Animalsandplants 48

Shop 008

Otheranimails 003

Sekiranya korang berhajat nak cuci mata untuk tengok kucing-kucing yang cantik, boleh lah saksikan pertunjukan kucing, pertandingan grooming anjing antarabangsa, perjumpaan pemilik kelab haiwan kesayangan dan banyak lagi.

Tahun ini, sedikit kelainan dan keistimewaan yang dibawakan oleh Pet Expo Malaysia adalah penampilan kartun Garfield yang pastinya akan membuatkan ramai teruja dan untuk korang, jangan lepaskan peluang untuk bergambar dengannya okay!

Unnamed 46

Jadi, jangan ketinggalan dan tandakan kalendar korang untuk expo ini :

Pet Expo Malaysia

Tarikh : 24-26 Mei 2024

Masa : 10 pagi – 9 malam

Tempat : Mid Valley Exhibition Center

Korang boleh layari Facebook rasmi Pet Expo Malaysia untuk dapatkan pelbagai maklumat, sertai giveaway dan bermacam-macam lagi info berkenaan expo yang bakal berlangsung nanti.