in

Pesakit Covid-19 Kategori 4 & 5 Tunjuk Peningkatan Mendadak – Menteri Kesihatan

Collagefeat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kementerian Kesihatan mengatakan sejak kebelakangan ini terdapat peningkatan mendadak sebanyak tiga kali ganda dalam jumlah pesakit Covid-19 kategori 4 dan 5.


Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba mengatakan sebelum ini pesakit-pesakit ini hanya 5% dari jumlah keseluruhan namun pada gelombang ketiga pandemik ini, ia meningkat kepada 15%.

Untuk pengetahuan korang, kategori 4 merupakan kes bergejala yang mempunyai jangkitan pada paru-paru serta memerlukan bantuan oksigen manakala kategori 5 pula melibatkan pesakit kritikal dengan beberapa komplikasi organ.

Bercakap di sidang media sebentar tadi, terdapat juga peningkatan pesakit yang berusia di antara 20 ke 40 tahun dalam kategori ini, lapor FMT.

Hospital Icu Covid19 Fb Noor Hisham 220521 672X420 1

Kami berharap mereka yang dijangkiti Covid-19 akan lebih berwaspada dan bagi sesiapa yang sedang mengasingkan diri di rumah dan mula menunjukkan simptom ke kategori 4 dan 5, tolong hubungi pusat kesihatan kami segera.”

Menurut Adham lagi, 219 petugas barisan hadapan telah dijangkiti Covid-19 walaupun telah menerima dos pertama vaksin dan ada juga yang dijangkiti selepas mendapat kedua-dua dos.

Kebanyakan dari mereka merupakan frontliners dari Selangor, Kedah dan Kelantan.

Tak cukup dengan itu, kementerian kesihatan juga kini sedang berbincang dengan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin (JKJAV) untuk membuat vaksin wajib atau mendenda sesiapa yang gagal untuk hadir ke temujanji vaksin.

Ini ekoran selepas 20,000 individu di Kedah dan Kelantan yang gagal untuk hadir ke temujanji vaksin mereka pada awal bulan ini.

 

Baca: [TERKINI] Pecah Rekod Lagi! Malaysia Catat 7,856 Kes Positif Covid-19 Hari Ini

Civud

Sumber: FMT

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.