in

Pertama Kali Dalam Sejarah! Hujan Turun Di Puncak Greenland

Featured Photo Greenland

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Greenland merupakan pulau terbesar yang bersatus wilayah autonomi iaitu mempunyai sistem pemerintahan sendiri walaupun bernaung dibawah kerajaan Denmark. Dari segi kedudukan Geografi, ia terletak antara lautan Artik dan lautan Atlantik di kutub utara.


Oleh sebab itu, Greenland merupakan antara lokasi yang mempunyai suhu paling sejuk di dunia dan salah satunya wilayah yang dilitupi lapisan salji kekal selain Antartik.

Umum ketahui, disebabkan pemanasan global, lapisan salji serta bongkah-bongkah ais di kawasan sejuk seluruh dunia mula cair dan secara tak langsung menyebabkan peningkatan paras air laut dan perkara ini amat membimbangkan.

Ais Cair Greenland

Baru-baru ini, satu dunia digemparkan dengan berita turunnya hujan buat pertama kali dalam sejarah di Greenland dan hal ini perlu diambil serius oleh semua pihak kerana untuk hujan turun di kawasan bersuhu bawah 0 darjah.

Menurut rekod, kejadian terbaru ini berlaku pada 14 Ogos lalu yang mana dicatatkan 7 billion tan hujan telah turun selama beberapa jam bukannya salji seperti biasa. Hal ini disebabkan peningkatan suhu di kawasan berkenaan.

Scientists Greenland Ice Sheet 900

Menurut laporan Pusat Data Salji & Ais Nasional A.S (NSIDC), difahamkan hujan yang turun selama dua hari tersebut telah mencairkan kira-kira 872 ribu kilometer per segi ais, dan ini merupakan kali pertama dalam sejarah hujan telah turun di puncak Greenland yang mempunyai ketinggian 3,216 meter tersebut.

“Jumlah ais yang cair tersebut bersamaan dengan jumlah purata pencairan ais selama seminggu di kawasan berkenaan.”

Hujan yang pertama kali turun dalam sejarah ini merupakan penanda aras pasti bahawa Greenland memanas dengan cepat, menurut Ted Scambos, seorang saintis di Pusat Data Salji dan Ais Nasional di University of Colorado Boulder. 

Greenland Ice Melt

“Kejadian ini tidak pernah sekalipun berlaku dalam satu atau dua dekad dalam pola iklim”

Menurut ramalan yang dilakukan NSDIC, paras air laut global akan meningkat sekitar 20 kaki (6 meter) sekiranya semua ais di Greenland mencair. 

Laporan itu, yang digambarkan oleh Setiausaha Agung PBB António Guterres sebagai “kod merah untuk kemanusiaan,” ia juga memberi amaran bahawa kejadian cuaca melampau, seperti gelombang haba, kemarau dan banjir akan menjadi lebih kerap apabila bumi ini menjadi semakin panas.

Rakyat Malaysia sedar atau tahu tak kesan pemanasan global ni sebenarnya?

Baca : NASA Jangka Beberapa Lokasi Di Bumi Akan Alami Banjir ‘Dahsyat’ Pada Tahun 2030

Banjir 2030 Nasa

Sumber: CCS
Sumber: Climate News
Sumber: Reuters

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.