Pertama Kali Beraya Dengan Bayi? Ini 6 Tips Untuk Anda

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Bagi pasangan yang pertama kali menyambut raya sebagai ibu bapa pasti berasa seronok dan takut pada masa yang sama kerana pertama kali mempunyai anak tetapi jangan risau, gunakan tips yang kami kongsikan ini supaya seluruh keluarga dapat beraya dengan tenang!

Kepada anda yang tak keruan memikirkan ketidakselesaan anak di hari raya, cuba amalkan 6 tips ini!

1. Bawa mainan kegemaran

Sumber : pixnet.net

Si kecil boleh menangis bila-bila masa, tidak kira tempat  dan masa jadi kita harus sentiasa bersedia untuk membuatkan mereka berhenti menangis. Semasa berada dalam perjalanan pulang ke kampung halaman, pastikan anda bawa alat permainan kegemaran mereka di dalam kenderaan. Mesti khusyuk bermain tanpa meragam!

 

2. Banyakkan bawa bayi hirup udara segar

Sumber : babycenter.com

Jika si kecil masih belum petah bercakap, banyakkan bawa mereka bersiar-siar mengambil udara segar supaya mereka tidak akan berasa pening mendengar bunyi bising orang sedang sibuk beraya di dalam rumah. Keadaan yang terlalu padat dan riuh akan membuatkan mereka runsing.

 

3. Sentiasa bawa ‘nursing cover’

Sumber : manjakuhappy.com

Tips ini khas bagi ibu yang masih menyusukan anak. Bayi kecil sudah tentu mahukan susu ibunya dan kadang kala mereka mahu tidak tentu masa dan tempat. Jadi, pastikan anda sentiasa bawa nursing cover tak kira ke mana anda pergi. 

 

4. Simpan Susu Perahan

Sumber : panduanhidupsihat.com

Selain membawa nursing cover, anda juga perlu membawa stok susu yang mencukupi. Lebih-lebih lagi jika anda tidak selesa untuk menyusukan anak di tempat lain selain rumah. Gunakan cooler bag untuk menyimpan susu tersebut dan pastikan suhu di dalamnya boleh bertahan selama lapan jam.

 

5. Pakai Pakaian Yang Nipis

Sumber : guguproduct.blogspot.my

Pakaian mereka seeloknya diperbuat dari kain yang dapat menyerap peluh dan tidak terlalu tebal. Bila raya semestinya anda akan banyak berjalan untuk menziarahi saudara mara, jadi anda harus pastikan anak-anak sentiasa selesa walaupun dalam cuasa panas supaya mereka tidak mudah merengek dan menangis.

 

6. Kelengkapan Bayi

Sumber : simplyspaced.com

Paling penting sekali, sentiasa periksa kelengkapan bayi sama ada cukup atau tidak sebelum keluar rumah. Misalnya, barang seperti lampin, pakaian lebih, tisu dan sebagainya. Jika umur mereka bawah setahun, seeloknya bawalah 3 helai baju supaya pakaian mereka boleh ditukar sekiranya mereka tiba-tiba muntah. Selain itu, pastikan stok lampin juga mencukupi!

Semoga tips ini dapat membantu mengurangkan keresahan anda yang bakal beraya bersama anak buat kali pertama! Kongsikan tips ini kepada keluarga dan rakan!

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Syahirah Izzati

Seorang gadis yang mampu makan dan tonton video kucing secara berterusan di luar norma manusia biasa. Kurang songeh dan berkebolehan membuat anda tersenyum sinis.