in

“Perompak sekarang tunggu peluang je” – [VIDEO] Wanita Tinggalkan Beg Dalam Kereta, Kena Rompak Sebab Tak Kunci

Feat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Zaman sekarang ni kita memang kena lebih berhati-hati walaupun kita rasa macam sesuatu tempat tu selamat sebab pencuri atau perompak tunggu peluang je…


Macam baru-baru ni, tular video di Facebook menunjukkan seorang wanita dirompak selepas tinggalkan keretanya tak berkunci masa dia masuk ke dalam kedai di stesen minyak.

Dikatakan, kejadian ini berlaku ketika wanita itu meletakkan keretanya di stesen minyak Kampung Likas, Kota Kinabalu Sabah dan tinggalkan beg tangannya di dalam kereta sebelum berlalu ke kedai.

Screenshot 2021 03 30 At 5.32.34 Pm

Ketika ini, seorang penunggang motosikal tak jauh dari keretanya dilihat sedang memerhatikan wanita tersebut dan bila wanita itu masuk ke dalam kedai, lelaki itu telah datang dekat dan letakkan motosikalnya di hadapan kereta wanita malang itu.

Ezgif.com Gif Maker 1 2

Lelaki ini kemudiannya berjalan ke kedai untuk tengok keadaan sebelum bergerak semula ke arah kerusi penumpang, buka pintu kereta, ambil beg tangan dan berlalu pergi.

Walaupun stesen minyak tersebut kelihatan ramai orang, tapi perompak tersebut berjaya mencuri beg tangan wanita tersebut tanpa dilihat oleh orang sekeliling.

Screenshot 2021 03 30 At 5.36.43 Pm

Macam yang korang tahu, ini bukanlah pertama kali benda-benda macam ni berlaku dekat stesen minyak, so lepas ni kena lebih berhati-hati dan pastikan korang kunci je pintu kereta walaupun masa tu korang tengah isi minyak dekat sebelah je.

Laju je lelaki tu buat kerja…

 

Baca: “Siap pasang air cond”- Pencuri Tertidur Di Rumah Yang Dia Rompak, Rupanya ‘Tuan Rumah’Pegawai Polis

Screenshot 2021 03 30 At 5.40.19 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.