in

Pernah Seminggu Tak Ada Pelanggan, Netizen Sedih Lihat Kegigihan Pasangan Ini Niaga Nasi Bajet Depan Rumah

Sedih Menangis Jual Nasi Bajet Rm5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bukan mudah nak berniaga dan menguruskan perniagaan tambahan pula ia berkaitan penjualan makanan. Ada hari makanan yang kita jual laris, ada hari pula kita rugi sebab tak ada orang yang beli.


Namun kegigihan pasangan yang mempunyai dua orang anak dan salah seorangnya autism ini patut dipuji.

Menerusi satu video yang tular di X dari FS Channel, ia memaparkan sepasang suami isteri berniaga nasi bajet berharga RM5 di depan rumah mereka sendiri. Lebih menarik lagi, nasi budget tersebut siap dapat air sirap free tau!

Artikel berkaitan: “Teringat kisah Uwais al-Qarni” – Netizen Sebak Tengok Pemuda Dukung Warga Emas Agar Dapat Cium Kaabah

Artikel berkaitan: Pelajar Sebak Menang Cabutan Bertuah Pakej Umrah, Hadiah Daripada Guru Bersara

Modal RM300, tak balik untung 

Menurut peniaga berkenaan yang dikenali sebagai Abang Azlim, dia menjual berlainan menu setiap hari dan modal yang dikeluarkannya adalah sebanyak RM300 untuk membeli barangan masakan.

Tambahnya lagi yang baru berniaga semenjak bulan 12 tahun lepas, dia hanya boleh menjual maksimum sebanyak 15 bungkus sehari dan jumlah tersebut tidak balik modal.

Air Percuma

“Pernah seminggu tak ada orang beli. Kitaorang menangis berdua” 

Namun lebih menyedihkan apabila Abang Azlim ini memberitahu yang mereka pernah berdepan detik sedih apabila jualan mereka tidak laku selama seminggu dan mereka menangis mengenangkan hal tersebut berlaku.

Kami dah pernah kena seminggu. Kita orang menangis berdua. Duduk termenung orang tak ada beli makanan banyak,” katanya.

Malah mereka juga berdepan kekangan tidak dapat berniaga di tempat yang menjadi tumpuan ramai kerana perlu menjaga anak dan tidak mempunyai kenderaan.

Di tengah-tengah video, perakam kemudian memaklumkan hasratnya untuk membeli kesemua jualan pasangan ini dan sedekahkan ia kepada jiran atau sesiapa yang memerlukan.

Namun apabila mendapat bayaran, pasangan ini dilihat menangis kerana duit yang mereka terima lebih daripada sepatutnya.

Kami doakan semoga panjang umur murah rezeki. Terima kasih banyak-banyak ingatkan kami. Sebab kami orang susah,” katanya sambil mengesat air mata.

Video berkenaan telah mendapat komen positif netizen yang mana rata-rata memuji kegigihan pasangan suami isteri ini dalam meneruskan kehidupan dengan berniaga.

Nangis

Semoga ramai yang support bisnes abang ni ya. Murah betul dia jual nasi, siap dapat air free lagi. 

Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.