in

“Pernah dibayar RM50 untuk 20 lagu” – Aina Abdul Kongsi Kisah Sebelum Menjadi Penyanyi Terkenal

Mynhtbgrvfecdwxsqza

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

“Berkali-kali ku coba untuk pergi jauh darimu.”

Itulah keratan lirik dalam lagu ‘Semalam’ turut merupakan lagu milik Aina Abdul yang dimana kini, dia telah menjadi penyanyi terkenal dan meraih pujian ramai rakyat Malaysia kerana suaranya yang merdu.

Namun baru-baru ini, Aina Abdul ada mendedahkan bahawa dia pernah melalui jalan sukar sebelum dirinya menjadi terkenal di mata rakyat tempatan mahupun antarabangsa.


Aina dedah pernah dibayar RM50 untuk nyanyi 20 lagu

Menurut Utusan Malaysia, dia pernah dibayar sejumlah RM50 sahaja selepas menyanyikan 20 lagu untuk persembahan satu malam. Walaupun sedikit dan terpaksa membahagikan jumlah tersebut dengan lima ahli band lain, dia akur itu jalan kehidupan dan pengorbanan yang terpaksa dilalui demi sebuah mimpi.

Jhtt0Gr0 2 1024X1024 1

“Pernah juga saya menyanyi tiga malam berturut-turut tanpa ada penonton di hadapan. Ada ketika, hanya dua hingga tiga orang sahaja. Ada masa dapat RM50 sahaja. Kadang-kadang, bayaran pun tak ada. Kena bahagi lagi dengan ahli band. Itu memang pengorbanan dan pengalaman yang saya tidak akan lupa.”

Tambahnya lagi, dia juga masih berjuang dan berusaha mencipta karya dan imej sebaik mungkin walaupun terpalit kecaman netizen yang seakan-akan tidak berpuas hati dengan penampilannya yang terkini.

https://www.instagram.com/p/Ck1_HqjjWV5/

“Saya kena all out. Saya bermula pada usia 28 tahun dan orang anggap lambat. Bila dapat peluang, saya tidak akan sia-siakan. Disebabkan itu, saya tidak kisah orang kata fesyen pelik atau dikritik melampau, semuanya saya telan sahaja. Itu bayaran untuk mimpi saya.”

Bukan senang untuk berjaya, apa-apapun usaha tetap menjadi satu kunci untuk meraih kejayaan. Betul tak?

Baca: “Nampak macam plastik sampah” – Sajat Kritik Busana Aina Abdul di KL Fashion Week 2022

Screenshot 2022 11 22 At 1.22.26 Pm

Sumber: Portal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.