in

“Nampak macam plastik sampah” – Sajat Kritik Busana Aina Abdul di KL Fashion Week 2022

Aina Baju Plastik Sampah Sajat Cakap

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang ramai sedia maklum, penyanyi Aina Abdul sering tampil dengan fesyen yang ‘out of the box’ dan perkara ini juga sudah menjadi ‘jenama’ Aina sejak dari mula lagi dia berkecimpung dalam dunia seni.


Walau bagaimanapun penampilannya di KL Fashion Week 2022 (KLFW2022) kali ini telah mendapat kritikan daripada usahawan penuh kontroversi yang kini tinggal di Australia, Nur Sajat yang mendakwa penyanyi itu kelihatan seperti memakai ‘plastik sampah’. Alamak… 

“Tapi kali ini nampak macam plastik sampah sangat” 

Menerusi perkongsian TikTok Eh Malaysia, Aina kali ini dilihat muncul mengenakan busana daripada pereka fesyen Behati yang berwarna hitam serta bersaiz besar yang mana menutupi keseluruhan tubuhnya kecuali muka.

@ehmalaysia

Extravaganza! Aina Abdul di pertunjukan #behati #ehmalaysia #klfw2022

♬ Dirty Thoughts – Chloe Adams

Namun menurut Harian Metro, busana itu mendapat perhatian Sajat yang meninggalkan komen berasa sedih melihat penampilan penyanyi itu yang dikatakan terlihat seperti memakai plastik sampah.

Saya tahu dia memang ‘love’ fesyen macam tu, tapi kali ni nampak macam plastik sampah sangat,” kata Sajat.

Tambahnya lagi, tiada salah jika Aina ingin mengenakan busana berwarna hitam namun janganlah sampai ia kelihatan seperti ‘membungkus’.

Saya ada komen. Saya tengok ada satu fesyen ni, ini antara artis kesukaan saya, tapi datang untuk ‘fashion week’ tu, Ya Allah.

“Aina, kenapa jadi macam tu. Janganlah pakai plastik sampah. Kau ni sangat slogan ‘marilah kita menjaga alam sekitar, ‘recyle’ barang anda’. Saya tengok pun, janganlah sampai macam tu. Bolehlah nak pakai hitam kembang kembang, tapi janganlah sampai bungkus,” katanya.

“Ni okaylah cover semua terus” 

Pun begitu, jika dilihat di ruang komen Instagram Aina Abdul, rata-rata peminat menyokong dan menyukai fesyen yang dibawa penyanyi bersuara lunak itu.

Menurut netizen, busananya nampak lebih sopan dan menutup aurat berbanding sesetengah artis yang hadir ke acara fesyen berkenaan.

Aina Abdul Comment

Wah bang jat bersuara… tapi kalau peminat suka, tak ada masalah kan? 

Baca: Alicia Amin Buat Protes di KLFW, Tuntut Hak Model Yang Tak Dibayar Sejak 3 Tahun Lalu?

Alicia

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.