Satu perkongsian video seorang pengguna TikTok yang memaparkan suasana sebuah kawasan perkuburan telah meraih perhatian ramai.
Kebiasaannya, kawasan perkuburan yang kita lihat ada satu batu nisan bersiap maklumat jenazah di setiap satu pusara.
Tapi berbeza pula dengan video yang dimuat naik oleh @miamayesamirza, yang memperlihatkan beberapa batu nisan disusun satu barisan panjang dalam kawasan liang yang sama.
Difahamkan, ia merupakan konsep perkuburan bertingkat di Masjid Jamek Hashim Yahya, Pulau Pinang.
“Kami pun baru tahu. Arwah mak saudara kami dikebumikan dengan cara tindih pusara arwah mak dia. Difahamkan ini adalah tanah wakaf sejak zaman British lagi. Semua susur jalur keluarga disemadikan di tapak yang sama,” kata Leena.
@miamayesamirza Replying to @syakina collection Ye betul.. kami pun baru tahu. Arwah mak saudara kami dikebumikan dengan cara tindih pusara Arwah Mak dia.. Difahamkan ini adalah tanah wakaf sejak zaman British lagi. Semua susur jalur keluarga disemadikan di tapak yg sama. ALFATIHAH 🤲🏻 family 786
Artikel berkaitan: Kubur Semakin Penuh, JAIS Teliti Cadangan Kubur Bertingkat
Artikel berkaitan: “Agama tidak ajar begitu” – Ada Kubur Tolak Jenazah Pesakit Covid-19 Sebab Nak Simpan ‘Kuota’ Untuk Ahli Kariah
“Pertama kali tengok”
Rata-rata netizen yang melihat video kawasan perkuburan berkenaan mendakwa baru pertama kali menyaksikan situasi sebegitu.
Dalam pada itu, netizen juga tertanya-tanya bagaimana cara pengendalian sistem kubur bertingkat ini.

Malah, ada juga yang berkata konsep sebegini juga memudahkan ahli keluarga menziarahi serta menjimatkan ruang tanpa mengurangkan rasa hormat pada tempat persemadian.
Difahamkan, kaedah kubur bertingkat sudah lama dilaksanakan di Pulau Pinang untuk mengatasi isu kesesakan pusara bagi umat Islam dan kekurangan tanah di negeri ini.
Sumber: TikTok
