in

“Agama tidak ajar begitu” – Ada Kubur Tolak Jenazah Pesakit Covid-19 Sebab Nak Simpan ‘Kuota’ Untuk Ahli Kariah

Ft Tolakjenazah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kes Covid-19 di Malaysia makin meningkat begitu juga kes kematian di mana yang tertinggi pernah dicatatkan setakat ini sebanyak 98 kes. Peningkatan itu menyebabkan beberapa hospital di Selangor terpaksa menggunakan kontena khas untuk menempatkan jenazah Covid-19.


Bukan itu saja, Pengerusi Eksekutif Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM), Muhammad Rafieudin Zainal Rashid turut mendedahkan bahawa tanah kubur di kawasan Lembah Klang semakin terhad.

Kubur 1

 

‘Tolak’ jenazah Covid-19, simpan ‘kuota’ untuk ahli kariah

Bukan sahaja mengehadkan jumlah jenazah untuk dikebumikan setiap hari, malah menurut mStar ada juga kes di mana pihak kubur ‘menolak’ jenazah pesakit Covid-19 dikebumikan kerana mahu menyimpan ‘kuota’ buat ahli kariah.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd Shahzihan Ahmad telah memberi respon dan mengakui ada menerima maklumat berkenaan masalah yang berlaku membabitkan pengurusan jenazah pesakit Covid-19.

Kubur 2

Katanya, satu perjumpaan akan diadakan dengan segera bagi membincangkan langkah yang perlu diambil pihaknya bagi menangani isu terbabit.

“Ini kerana sudah ada isu-isu berlaku penolakan yang kita tidak tahu siapa yang menentukan bahawa hanya kubur-kubur tertentu boleh kebumi jenazah pesakit Covid-19.”

“Isu-isu melibatkan jenazah mesti disegerakan, saya akan ambil keputusan bersama dan akan dibentangkan senarai kubur di semua daerah khususnya daerah di Lembah Klang.”

“Saya akan buat keputusan menetapkan semua jenazah di mana-mana (kubur) yang paling hampir dan dikebumikan di situ. Semua perlu beri kerjasama.”

 

Kerajaan negeri akan wujudkan kawasan baru jika kapasiti penuh

Menurutnya lagi, kerajaan negeri amat prihatin dengan masalah itu dan bakal mewujudkan kawasan baru sekiranya berlaku kapasiti penuh.

“Fatwa pun telah dibolehkan kubur bertingkat. Jangan jadikan halangan bahawa seolah-olah kubur itu untuk ahli kariah. Agama tidak ajar begitu.”

“Mati kita di mana dan bila itu adalah urusan Allah SWT. Yang ada (jenazah) sekarang, yang mati sekarang perlu diselesaikan.”

Kubur2

Perbincangkan dimaksudkan itu akan dilakukan bersama pegawai-pegawai tadbir jabatan terlebih dahulu. Katanya, jenazah pesakit Covid-19 sepatutnya ditanam di kawasan mereka meninggal dunia.

“Semua pegawai tadbir akan membentangkan kepada saya senarai tanah perkuburan yang available dan saya akan serahkan kepada hospital yang paling hampir.”

“Kadang-kadang ada waris yang menuntut jenazah pesakit COvid-19 untuk dibawa balik (ke kampung), kita tidak boleh halang. Tapi saya nasihat janganlah macam tu sebab waris tak boleh uruskan pun. Kita sempurnakan keperluan si mati dulu, itu yang diutamakan.”

Baca: “Kita cari dan rayu sana sini” – Tanah Kubur di Lembah Klang Makin Terhad, Ada Jenazah Lepas 24 Jam Baru Kebumi

Kuota Kubur

Sumber: mStar
Sumber: mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.