in

Perkhidmatan Kesihatan Malaysia Diiktiraf Terbaik Dunia!

A

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rakyat Malaysia sering mengeluh tentang kelemahan sistem dan perkhidmatan terutamanya aspek kesihatan di negara kita, namun laporan yang dikeluarkan baru-baru ini pasti mengejutkan anda semua! Kerana…


Perkhidmatan kesihatan Malaysia telah diiktiraf terbaik di dunia oleh majalah International Living baru-baru ini!

Perkhidmatan yang disediakan di Malaysia merangkumi pembedahan kosmetik, pergigian dan dermatologi.

A

Menurut, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya pengiktirafan itu didorong faktor capaian perkhidmatan kesihatan yang diberi kepada pesakit di setiap pelosok daerah di Malaysia.

Dengan Georgetown dan Kuala Lumpur sebagai dua pusat perubatan utama di Malaysia, negara kita mempunyai beberapa doktor terbaik di Asia dan majoritinya dilatih di Amerika Syarikat, Australia dan United Kingdom.

Apa yang memberikan kita kelebihan adalah perkhidmatan yang boleh didapatkan di mana-mana termasuk Klinik Desa, Klinik 1Malaysia dan lebih 200 klinik bergerak di seluruh negara.

Tempat yang tiada jalan, kita sediakan bot klinik, kita ada perkhidmatan helikopter. Kita usaha agar perkhidmatan kita untuk merawat pesakit itu sampai kesemua tempat dalam negara ini,” katanya.

Costa Rista menduduki tempat kedua manakala Colombia dan Mexico masing-masing menduduki tempat ketiga dan keempat di dalam carta.

Dr Hilmi turut berkata, sehubungan dengan perkara ini, Kementerian Kesihatan merancang untuk menambah kakitangan kesihatan selain turut menambah Klinik 1Malaysia atau klinik bergerak untuk melonjakkan lagi prestasi perkhidmatan kesihatan kepada rakyat mengikut keperluan dan keutamaan sesuatu kawasan dan negeri.

Klinik2
klinik desa
Klinik
sumber: bernama

Projek yang menelan kos RM2.54 juta itu dikatakan mampu memberi perkhidmatan radiologi dan pengimejan lebih baik, tepat dan cepat.

Mesin lama hanya mampu menampung pemeriksaan maksimum 10 kes janji temu dan lima kes kecemasan sehari. Kini kakitangan dapat mengendalikan sehingga 20 kes janji temu dan lebih banyak kes kecemasan pada satu-satu masa,” kata Dr Hilmi.

Wow! Memang satu pencapaian yang melonjak nama Malaysia di mata dunia. Satu pencapaian yang harus dibanggakan!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.