in

Perkenalkan Undang-Undang Berkaitan Tenaga Kerja, Demo Bantahan di Indonesia Cetus Kerisauan Wujudnya Kluster Baru

Ft Rusuhan 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kelulusan undang-undang yang dibuat oleh Parlimen Indonesia Isnin lepas ternyata merupakan satu kesilapan yang besar.


Undang-undang Omnibus Law Cipta Kerja telah mencetuskan demonstrasi aman pada mulanya, namun keadaan bertukar kecoh apabila pihak polis cuba meleraikan kumpulan itu dengan menggunakan gas pemedih mata dan semburan air.

Perhimpunan dilakukan sebagai tanda protes terhadap undang-undang itu yang dikatakan mengabaikan hak buruh seperti pengurangan kos pampasan bagi pekerja yang diberhentikan, pembatalan peraturan gaji minima, serta cuti tahunan yang dikurangkan.

Demonstrasi yang berlaku di beberapa wilayah seperti kota Jakarta, Bandung, Lampung, Tangerang, Yogyakarta, Surabaya serta Makassar menyebabkan berlakunya kerosakkan harta benda awam lapor Malaysiakini

 

Capture 4 1 1

Tunjuk perasaan itu dikatakan dicetuskan oleh golongan mahasiswa dan Persatuan Buruh Indonesia yang tidak bersetuju dengan undang-undang tersebut.

Kemarahan kumpulan itu tidak dapat dikawal hingga mereka dipercayai membakar pondok polis, membaling objek batu dan ‘molotov cocktail‘ terhadap pihak polis!

Kalau ya pun marah, janganlah sampai mengakibatkan kecederaan orang ramai…

Walaubagaimanapun, pihak polis berjaya menangkap hampir seribu penunjuk perasaan, dan mereka bukanlah golongan mahasiswa seperti yang disangkakan.

“Mereka yang ditahan ini bukannya mahasiswa atau golongan pekerja, tetapi mereka yang mengganggur, tapi turut serta dalam demonstrasi itu yang kemudiannya sengaja mewujudkan kekacauan,” – Ketua Hubungan Masyarakat Polis Metrojaya (Polis Jakarta) Yusri Yunus

Ekoran berlakunya perhimpunan itu, ramai pihak dikatakan risau akan tercetusnya kluster baharu bagi Covid-19 yang sedang melanda.

 

Capture 2 2 3

 

Mana tak nya, kalau dah hampir seribu kena tangkap, entah berapa ramai yang berkumpul sebenarnya kan? 

Kes Covid-19 di Indonesia pun dah catat sebanyak  315,714 kes, dan kematian dikatakan berjumlah 11,472 orang.

Mana la tak risau, kes dah makin meningkat, tapi isu masyarakat tidak boleh diketepikan.

Korang rasalah apa solution terbaik untuk menangani isu ni?

 

Baca : Dia pikir hasil test negatif ertinya bebas tak pakai mask Rakyat Indonesia Bengang Dengan Foreigner, Ambil Ringan Bab Pakai Mask

Capture 5 4

Sumber: Bernama
Sumber: Bernama

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.