in

“Perit tengok kakak” – Keadaan Adik Ainul Mardhiah Makin Teruk, Bapa Minta Titipkan Doa

Collage 18

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Awal bulan lalu, kanak-kanak yang pernah menghidap kanser mulut Germ Cell Tumor, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin dikatakan berada dalam keadaan kritikal dan kini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi Pediatrik akibat mendapat jangkitan kuman.


Menurut ibunya, Nurul Erwani Zaidi, Ainul telah dikejarkan ke hospital selepas badannya dilihat lemah dan tidak bermaya selepas mengalami simptom muntah dan cirit-birit.

Menerusi update terbaru dari bapa Ainul di Facebook, Safiuddin mengatakan keadaan anak kesayangannya itu agak teruk selepas dia diserang sawan berulang kali malam tadi dalam tempoh 12 jam.

Bukan itu sahaja, keadaan anaknya itu juga dikatakan nampak berbeza dari sebelumnya. Walaupun sebelum ini Ainul pernah jatuh sakit dia masih dilihat bertenaga untuk melawan penyakitnya walaupun diberikan ubat tidur.

Semalam waktu sawan menyerang, walid ada di sisi kakak. Perit tak terucap bila tengok keadaan kakak semalam….

Posted by Ahmad Safiuddin on Monday, August 8, 2022

Hari ini, walaupun tanpa ada sebarang ubat tidur, keadaan Ainul sekarang seperti ditidurkan. Hanya bola mata saja Ainul mampu gerakkan. Badannya kaku.”

Safiuddin turut mengatakan yang dia tidak dapat menahan sedih bila melihat keadaan anaknya itu namun redha dan menyerahkan urusan ini kepada Allah untuk menentukan.

“Doktor masih berusaha merawatnya. Kita semua sudah mendoakan yang terbaik untuknya. Sekarang tiba masanya saya serahkan urusan ini kepada yang Hak untuk menentukan.

“Jauh di sudut hati, Saya masih berharap keajaiban dari Allah swt. Semoga Allah swt izinkan Ainul kuat dan dipanjangkan usianya supaya saya dan keluarga masih dapat menjaga dan membesarkannya di depan mata.

“Tapi apa lah daya saya.”

Dalam posting yang lain, Safiuddin turut kongsikan perasaannya bila melihat anaknya itu diserang sawan dan memaklumkan doktor telah pun membuat imbasan CT dan ultrasound untuk melihat penyebab berlakunya sawan tersebut.

Semalam waktu sawan menyerang, walid ada di sisi kakak. Perit tak terucap bila tengok keadaan kakak semalam. Sakit.”

Bapa Ainul Mardhiah juga turut meminta orang ramai untuk teruskan mendoakan anaknya itu.

Sama-samalah kita doakan agar adik Ainul diberikan kesembuhan…

 

Baca: “Tolong jangan percaya!” – Ibu Ainul Mardhiah Nafi Ada Buka Tabung Derma Kilat Untuk Anaknya

Screenshot 2022 08 09 At 1.23.33 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.